Terkini  Popular    Mula Topik

Apa Dah Jadi? Harga Barang Semua Naik!!!!!!!!

2006-09-26 10:06:10
Semenjak harga minyak naik, secara tak langsung harga barang keperluan naik. Harga minyak turun, tak pulak harga barang turun. Kerajaan kita gagal menyekat kenaikan harga kerana pemborong mahupun pengeluar dimonopoli oleh individu dan mereka inilah yang mengawal ekonomi Malaysia. Perkara ini dah lama berlaku tapi kerajaan cuba menggunakan kuasa yang ada untuk seimbang tapi jelas menunjukkan kerajaan gagal menggunakan kuasa untuk membendung kekuasaan mereka dari segi memfaktorkan ekonomi. Akibatnya kita akan terus dihimpit kesusahan dan kemiskinan kerana yang dipertangggungjawabkan gagal melaksanakan tanggungjawab. Yang berkuasa terus kaya, yang serba kekurangan akan terus kurang, maka tidak hairanlah kes ragut, merompak, mencuri, rogol berleluasa disebabkan keadaan yang terdesak walaupun dibulan mulia bulan Ramadhan.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my