Terkini  Popular    Mula Topik

Ramai Melayu Nak Jadi Jutawan Senyap Dan Tak Nampak!?

2006-10-07 11:05:59
Formula MLM dan pelaburan mengikut sistem berantai makin menjadi-jadi dikalangan orang melayu. Orang cina dijadikan sebagai contoh hasil kekayaan dengan sistem ini. Saya kagum kepada mereka yang menciptakan sistem ini hingga orang yang cerdik pandai, kaya miskin, tamak, bakhil, pakar motivasi, ustaz, imam, lawyer, doktor, pemandu lori, buruh am, dan macam2 golongan yang terpengaruh dengan sistem ini. Mengikut sistem ini, orang bodoh, malas, jahat boleh jadi kaya, asalkan masuk pelaburan. Maka yang ghairah tak de duit, mula meminjam dan tak bayar balik, ragut yang mana sempat, menggadai yang mana bernilai, menjual yang mana patut, asalkan menambah pelaburan. Bukan rasa sakit hati melihat ramai melayu kaya, tapi sedih melihat orang melayu mengambil jalan mudah untuk kaya, menjadi orang kaya yang tak berilmu. Malah yang menjadi lebih haru, menghitung hari bahawa diri ini akan kaya dalam satu tempoh masa, buat masa sekarang hanya monitor kekayaan melalui skrin komputer. Tu yang dinamakan jutawan senyap kerana nampak duit banyak kat skrin aje dan kaya tak nampak kerana faedah pelaburan dilaburkan semula. Bila anak-anak tanya bagaimana ayah atau ibunya kaya maka jawapannya hanya satu iaitu melabur, so si anak pun gembira kerana tak perlu menuntut ilmu sungguh-sungguh hanya tunggu pulangan pelaburan orang tuanya.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my