Terkini  Popular    Mula Topik

Peringatan Hari Kiamat Dari Al-masih

2008-10-14 01:26:02
PERINGATAN HARI KIAMAT DARI AL-MASIH

————————————————–

( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

Salinan kepada:

Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

Pejabat Perdana Menteri Malaysia

—————————————————

JUMAAT 3 OKTOBER 2008

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sucikanlah nama Tuhan mu yang menjadikan Tujuh petala Langit dan Tujuh petala Bumi, yang mengindahkan dunia dipandang, dunia yang permai. Sesungguhnya dari dahulu hingga ke dinihari, ramai insan Allah yang bernama Manusia tidak mengerti, di dunia ini semua sekali cerita hal Manusia. Di alam ini, manusia adalah mahluk Allah yang terbaik berbeza makhluk-makhluk Allah yang lain. Sebagai mahkluk yang mulia digelar Manusia dan bersifat sempurna lengkap dan berakal, ia diperintahkan Allah sebagai Khalifah di mukabumi ini berbeza makhluk-makhluk Allah yang lain.

Wahai insan Allah, usahlah kita lupa hidup ini sementara, seisi Alam ini adalah makhluk Allah belaka, asal kejadian Manusia Adam diberi nama, bermulalah cerita taat ia tidak terkata pada Ilahi, ia meminta kembalikan aku kedalam Syurga, kerana taat, ia teruskan jua hidup didunia sebagai Manusia.

Wahai insan Allah, kita renungi sedalam-dalamnya, yang mencipta atau menjana kemudahan isi Dunia, yang mencipta atau membina bangunan-bangunan Tinggi, Jembatan-Jembatan, Tanam-tanaman, Perumahan, Kilang-kilang, Yang menyelaras Undang-undang, Hukum hakam, atau apa sahaja yang wujud didunia ini adalah makhluk yang bernama Manusia. Siapa Manusia…? Manusia pula sifat siapa…? Oleh itu, ingatlah janganlah kamu sesekali menyekutukan Allah pada benda yang lain umpamanya Manusia menyembah Berhala, Pokok-pokok besar, Sang Matahari, Rambulan, Bintang, Roh atau apa sahaja. Sembahlah Allah. Ini adalah peringatan Kitab-kitab yang disebar Rasullallah dan dituruti oleh Sahabat-sahabat baginda dari masa ke semasa hinggalah ke hari ini.

Wahai insan Allah, apa yang kamu tahu, dalam kehidupan ciptaan Allah di Alam ini daripada tiada sudah menjadi nyata, kamu renungi asal kejadian Alam pada Zaman Jahiliah, apa yang kamu tahu dan perbezaannya pada Zaman sekarang yang nyata bagi kamu iaitu hari ini, Dunia semakin hari semakin Maju, kehidupan manusia semakin hari semakin mewah semakin moden Kaya raya. Wahai insan Allah, semakin Kaya Manusia itu atau Individu itu maka semakin dekatlah kamu dengan Allah, sekiranya Manusia itu Kaya kita akan bertemu dengan yang Maha kaya iaitu Allah, dunia pula akan binasa iaitu Hari Kiamat. Adakah Kiamat itu benar…sesungguhnya ia sememangnya benar. Semakin maju Dunia atau Alam ini, semakin dekatlah ia dengan Sang Penciptanya iaitu Allah, maka dunia akan binasa iaitu Hari Kiamat. Kita dapat lihat apabila Zaman berubah dari dahulu hingga hari ini. Usah kita mendustakan Malapetaka kini di seluruh Pelusuk Penjuru Dunia. Usah kita kufur dengan pemberian Ilahi. Kita dapat melihat dan mendengar, janganlah kita ragukan nikmat-nikmat yang Allah beri, maka ingatlah, bahawa mati itu benar. Ingatlah bahawa hari Kiamat itu adalah benar.

Wahai insan Allah, asalmu dari seorang Wanita yang bergelar Ibu atau Emak. Apabila diri kamu sudah dewasa dan berusia, sudah tentu tradisi kedua ibu bapa mu kini kamu ikuti, kamu seorang lelaki atau seorang bapa sekiranya si anak, syurga pada si ibu dan si ibu pula syurganya pada suami dan suami pula syurganya pada siapa….? Sudah tentu syurga seorang lelaki atau bapa yang dikatakan seorang ketua iaitu Khalifah dimuka bumi ini, Syurganya pada Allah, dimana ia berjihad kejalan Allah didunia Fana dan pesat membangun ini. Usah kita lupa, ini adalah kebenaranya iaitu kebenaran perjalanan kehidupan seseorang Individu itu dan juga ini adalah kebenaran dunia serta kebenaran agama Islam. Al Quran dijadikan panduan untuk semua masyarakat dunia.

Wahai insan Allah, lelaki diperintahkan bertanggung jawab didalam hal didunia di Alam ini, penerangan ini adalah sama seperti keterangan-keterangan atau pun cerita-cerita dahulu kala. Harap-harap kamu insan Allah yang bernama manusia tidak lupa dan tidak pula mempertikaikanya. Ingatlah dan ketahuilah Si pembaca Talkin adalah seorang lelaki,Imam adalah seorang lelaki,Hakim adalah seorang lelaki,Si pembaca Kutbah adalah seorang lelaki,Raja atau Sultan adalah seorang lelaki,Rasul adalah seorang lelaki oleh itu hormatilah Ayah atau Bapa kamu. Tiada ia tiadalah kita……maka sebagai seorang insan dibumi ini kita perlu contohi lelaki yang sebagai mana ? Ini kerana di Alam ini ada pelbagai lelaki semuanya adalah makhluk Allah belaka.Iblis jua adalah makhluk Allah, berkeluarga serta beranak pinak dan berketurunan. Oleh itu adakah kita ini lelaki yang baik atau sekadar bermuka-muka di Alam ini atau Iblis bertopeng manusia. Ini kerana kitab Al Quran ada menerangkan Iblis itu nyata dan berketurunan….atau kita manusia yang sebagaimana? Adakah kita menganiaya diri kita sendiri atau kita aniaya diri orang lain untuk kepentingan kita. Sesekali usah kita begitu, kelak satu masa nanti kamu akan tahu.

Wahai insan Allah sebagai seorang pemerintah yang berpegang pada agama Islam, apa yang kita tahu tentang agama? Adakah kita benar-benar faham agama Islam atau kita sekadar menuruti Tok atau Moyang kita yang dahulu beragama Islam?…Islam adalah pegangan kehidupan untuk seseorang Individu itu, adakah ini benar..? Ini kerana Manusia tidak berjumpa Allah dan Islam pula adalah pegangan agama. Contohnya kita ada masaalah dan tempat kita berserah harap sudah tentu pada Allah. Islam pula mengarahkan penganutnya mengerjakan solat atau sembahyang di atas tikar Sejadah. Disitu pegangan seseorang insan disisi Allah. Kita berdoa yang dengar diri kita sendiri, orang lain tidak mengetahui melainkan Allah sahaja. Ini adalah kefahaman yang nyata, agama adalah pegangan bukan bererti Agama itu adalah Allah,tetapi Islam adalah Agama yang diperintahkan Allah dan Rasul-rasulya adalah penyebarnya untuk kehidupan seisi Dunia agar dunia tenang dan sentosa.

Wahai insan Allah yang bernama manusia, bicaramu penuh ilmu untuk tatapan generasi yang akan datang, tidakkah terlintas dihatimu atau fikiranmu dunia ini akan sepi, dunia ini akan sunyi seperti awal kejadian manusia, iaitu Adam dan Hawa. Wahai insan Allah, kamu pertahankan kebenaran, sememangnya ia benar tiada penafian akan tetapi usah kamu lupa bahawa dunia ini sementara, dunia ini seketika, asal pada awal kejadian manusia, Alam ini tiada apa-apa, sunyi sepi, yang ada hanyalah deruan Air yang mengalir jernih di sungai yang indah permai. Lama-kelamaan dunia bertukar coraknya, Dunia merwarnakan serinya, sang insan dahulunya kebingunan kini kekhayalan apabila melihat keindahan ciptaan Tuhan sehingga ada yang terlupa Petanda yang datang menyapa Alam. Gegak gempita disini sana apa petanda apa cerita, Dunia ini seakan-akan binasa, yang berguru sibuk dengan amalannya yang berilmu sibuk dengan ilmunya, si Pentaksir sibuk dengan taksirannya, si Pengkaji sibuk pula dengan kajiannya, Akhirnya dunia binasa dek kerana ramai manusia tidak percaya dari awal hingga akhir semua sekali Manusia punya cerita.

Wahai insan allah, cucu cicit dari Adam dan Hawa, ingatlah usia dunia ini tidaklah lama satu masa nanti dunia ini, Alam ini meningalkan kamu. Oleh itu, usahlah kamu mengejar kehidupan dunia yang sementara, seolah-olah kamu tidak mati. Ingatlah dengan agama mu, ikutlah Rasul mu. Sesungguhnya Rasulmu jua wafat kerana ia jua manusia seperti mu. Sebagai Rasul, baktinya pada masyarakat Dunia tidak ternilai ertinya. Usahlah kamu lupa Rasulmu telah mengingatkan perihal hari Kiamat kepada pengikut-pengikut agamanya iaitu agama Islam, dari dahulu hingga ke hari ini. Rasulmu sudah lama pergi. Al-Quran pula dijadikan panduan, kita renungi, kita mempercayai, kita ikuti, kita memanfaati agar kamu tidak kecewa semasa didunia. Ini kerana dunia ini ada bermacam-macam agama namun turutlah agama Islam iaitu agama terakhir yang di bawa Baginda Rasulullah. Usahlah kamu menyangkakan dunia ini mampu bertahan lama, Alam ini akan gegak gempita. Ini tertulis didalam kitab yang dibawa baginda. Ingatlah wahai insan Allah, sesekali kamu jangan lupa. Sesekali kamu jangan terlena, ini adalah peringatan untuk kamu yang bernama manusia.

Wahai insan Allah, bangunlah dari lena mu, usah bermimpi di Siang hari di atas Dunia yang bergelora kerana ini bukan tempat kita. Bagi yang berakal pasti ia tahu, Alam ini akan binasa, cukup masa pulanglah semua, dimana tempat kita….? Yang menanti sudah tentu bala Tentera para-para Malaikat yang taat setia .. yang menjadi mangsa sudah tentu kita yang bernama manusia .. dek kerana manusia cuai semasa di dunia yang sementara, lupa asal kejadian ia dari segumpal Tanah lalu ia berkuasa, namun ia lupa kerana masanya dan tiba untuk ia pulang ke tempat asalnya. Sebelum kita pulang ilmu harus di tempa untuk bekalan apabila kita semasa disana….dimana..? Bukan didunia yang sementara, tetapi di tempat asal kita. Ibu, Bapa , Datuk dah lama pergi. Mereka menunggu dan menanti kita. kelak nanti giliran kita, jangan lupa ini adalah kebenaran bukan rekaan atau khayalan dunia ini, kerana dunia tiada apa-apa sekadar kehidupan manusia yang sementara Usah lupa, usah terpadaya, yang mendapat Dosa dan Pahala adalah manusia, sekiranya ia berpegang kuat dengan Agamanya tidaklah ia terpedaya ini kerana manusia sekadar membaca Al-Quran, sukar untuk ia terjemahkan melainkan Yang Maha Esa kerana segala Agama dibawah naungannya. Bagi ia tiada mustahil untuk ia menyelenggara segala agama-agama yang singgah didunianya .

Wahai insan Allah yang indah dan berupa-rupa, kekalkanlah wajahmu seperti semasa asal di perut Ibu agar kamu kenal Tuhanmu, agar kamu tahu yang satu itu asal kejadian mu, agar kamu tahu yang satu itu bukan Tuhan mu, semoga kamu tahu disitu kamu bertemu, disitu pula kamu kenal satu dari beribu, dari beribu menjadi beribu-ribu, dan dari beribu-ribu kembali menjadi satu, yang satu itu adalah Agama mu iaitu agama Islam asal kejadian. Rasul mu pula asas menegakkan keadilan agar dunia tenang dan damai semoga kamu faham, yang satu tetap satu usah kamu beralih agama mu..

Wahai insan Allah yang cerdik pandai usah di salah tafsirkan asal kejadian kelak nanti binasa diri mu, kelak nanti kamu terkaku, kelak nanti kamu akan tahu, yang satu tetap satu, yang satu hadir di hadapan mu, yang satu menghitung diri mu yang satu asal jadimu, yang satu kita tak temu, yang satu menanti kamu. Oleh itu, berhati-hatilah didalam tutur bicaramu, berhati-hatilah dalam langkah mu didunianya, kerana dunia ini miliknya kita manusia menumpang sahaja, jangan lupa kamu beragama untuknya demi kehidupan didunia dan anak cucu kamu. Kelak nanti kamu akan pergi jua, tinggal anak tinggal keluarga, agama pula melambai-lambai seolah-olah merestui pemergian kita.. Dunia ini satu Persinggahan sahaja moga kamu manusia tidak lupa.

Wahai insan Allah, ingatlah perjalanan Rasul mu, yang menjana Ekonomi dunia dimana kita manusia mendapat manfaatnya dan dunia terus maju, masyarakat pula Kaya-raya hingga ke hari ini. Agama Islam penggerak ekonomi, dahulu kala usah lupa ini adalah kebenarannya, renunglah wahai Insan Allah Rasulmu mengarahkan umat Islam mengerjakan Ibadah Haji ke tanah suci Mekkah, disitu seluruh masyarakat mendapat manfaat, saudagar Perhotelan mendapat keuntungan, Agensi Perkapalan turut meraih keuntungan yang sama, saudagar atau peniaga-peniaga kecil turut mendapat keuntungan secara tidak langsung. Agama Islam tersebar meluas hingga ke pelusuk dunia dan hari ini. Islam antara Agama yang diketahui masyarakat dunia, oleh itu janganlah sesekali kamu beralih Agamamu, sesekali kamu jangan begitu ini kerana Islam adalah agama Rasulmu, sesekali usahlah kamu beralih agama mu.

Wahai insan Allah, ingatlah yang wujud pasti ada, yang ada pasti nyata namun kita Manusia tak jumpa dek kerana kita manusia cuai didunia, lupa pada asal kita dari sepi diam membisu, bila berilmu mula nak tunjuk Ilmunya, sedangkan ia lupa semasa kecil tak tahu apa-apa apabila dewasa apa yang diterangkan salah belaka, nak tunjuk yang kita Ilmu penuh didada, inilah manusia, mudah lupa dan lalai didalam kehidupanya semasa didunia yang sementara dan seketika. Wahai insan Allah, kamu pantang selisih bahu mulalah nak tunjuk ilmunya seolah-olah ia berkuasa kita manusia pasti tak terdaya untuk menentang ketetapan yang berkuasa, renunglah diri pada Manusia kenapa diri tak sama dia, dia manusia kita manusia kenapa tidak dengar cerita selanjutnya bahawa kita tahu apa kisahnya. Seperti cerita dikaca tv dari awal pasti berakhir baru kita tahu apa petanda, cerita dilakon untuk siapa agar kita memahami semua. Wahai manusia jangan cepat melatah, Filem belum habis ditonton. Kita manusia telalu sombong dan angkuh seolah-olah seperti Sang Pengarah sedangkan Si Pengarah kita tak jumpa, sekadar tahu pada nama, renunglah diri kamu wahai manusia, kamu manusia sebagai mana Filem di tv salah belaka..kita ini betul ke..? Tanyalah pada diri kamu sendiri, usah menunding jari pada Insan lain….usahlah kamu begitu, sesekali usah kamu begitu. Satu masa kelak nanti kamu akan tahu, satu masa nanti segala Rahsia akan terbongkar dan kelak nanti kamu akan akui.

Wahai Insan Allah Wanita atau Lelaki, kecil atau dewasa, muda atau tua kamu semua adalah sama, tiada pangkat atau pun harta. Nilai kamu hanyalah segulung kain putih pembalut diri apabila mati, tinggal harta, tinggal keluarga saudara mara meratap diri apa bila jasad kita mati, namun itu hanya sekadar seketika sahaja apabila lama ia leka dan lupa akan diri malah lupa pula peringatan yang diberi. Sesekali kamu jangan begitu…kain putih tinggi nilainya, banyak pula kegunaanya. Wahai manusia, jangan cepat lupa, diri kamu tak berharga sekadar santapan Sang penghuni Perkuburan. Yang berharga adalah amalan kita didunia ini antara kita dengan kita, kita dengan dia, kita dengan mereka, kita dengan semua, wajah dihias penampilan diri, jangan kita lupa diri, asal tanah pulang ketanah, hilang rupa hilang segalanya dimamah bumi, diulit mimpi, yang pergi tetap pergi tidak akan kembali.

Wahai insan Allah ini adalah peringatan terakhir kali, maka hayatilah catatan ini sedalam-dalamnya sesungguhnya kamu wahai makhluk didunia ini tidak mengerti dari dahulu hingga kini semua sekali manusia punya cerita, turun insan yang bernama Adam bermulalah cerita, taat ia tidak terkata pada Ilahi ia meminta kembalikan aku kedalam syurga, kerana taat ia teruskan jua hidup Didunia sebagai manusia.

Wahai insan Allah yang bijak Pandai, Cerdik, Pintar, tidak mengira sesiapa pun jua Tok Wali, Tok Imam, Tok Penghulu, Tok Qadi, Tok Bomoh, Tok Batin, Tok Mudim, Tok Kiai, Tok Pendekar, Tok Tabib, Ketua Kampung, Tok Siak, Wakil Rakyat, Ketua Jabatan, Menteri, Doktor, Polis, Tentera, Pengarah-pengarah, Ketua Daerah, Sultan, Raja, Ahli perniagaan, Penasihat-penasihat, Tok Guru, Anak murid, Guru Agama, Bapa-bapa, Isteri-isteri, Ibu-ibu, Abang, Kakak, Adik, Suami, Emak, Bapak, Saudara mara, Sahabat, Kawan, Jiran, Teman atau sesiapa sahaja, hayatilah surat ini mudah-mudahan ia berguna. Catatan ini adalah satu peringatan untuk yang mahu mendengarnya, sesungguhnya kamu Islam, Katolik, Buddha, Hindu, Kristian atau apa sahaja agama yang kamu anuti, hayatilah catatan ini mudah-mudahan ia berguna, sememangnya ia berguna, namun kamu tetap berpaling. Sesekali kamu jangan begitu. Satu waktu nanti kamu akan tahu, ini adalah peringatan untuk semua tidak mengira Agama, Bangsa, Keturunan, Pangkat, Darjat, atau apa jua sekalipun.

Wahai Insan Allah ini bukan bicara sang Padri, Imam, Rasul, Malaikat, Nujum atau sang pujangga yang bijak pandai tetapi aku jua manusia seperti mu. Keterangan ini adalah satu peringatan yang nyata mudah-mudahan ia berguna, mudah mudahan kamu mendapat manafaatnya mudah mudahan kamu tidak berpaling, kerana ini adalah peringatan sangat berguna, mudah mudahan kamu dapat memahaminya. Wahai insan Allah, dengan bicara kamu mendengarnya, dengan kata kamu memahaminya, dari suara kamu mengerti maksudnya, dari mata kamu dapat melihat kedatanganya, dari jiwa kamu dapat merasakan dan dari jiwa kamu mewarnai hati mu, sememangnya hati mu tidak seperti mereka yang baru di lahirkan ke dunia ini, oleh itu sucikanlah hati mu, jauhilah dari menyakiti kedua ibu bapa mu kerana dari mereka asal kamu dari mereka terbentuknya hati mu, dari kasih sayang yang sejati hingga lahirlah diri mu ke dunia ini. Dari air asal kejadian, angin datang beri harapan, api pula beri sinaran, tanah pula tunjukkan jalan, maka terciptalah dunia yang nyata, dunia yang gelora. Bagi mereka yang leka dunia umpama didalam syurga, sesekali usah kamu begitu. Alam ini sementara untuk mu. Kelak nanti kamu tidak mengenal akhiratmu, sesekali kamu jangan begitu satu masa nanti kamu akan tahu.

Wahai Insan Allah, Alam ini sudah berusia lama dari, Adam hinggalah ke Rasulnya dan kini giliran kita, tok dan nenek dah lama pergi kini pula giliran kamu, adakah kamu tidak mati, bencana sini bencana sana, kecoh disini kecoh disana apa cerita apa petanda….yang berilmu menepuk didada seperti Allah ia berkata sedangkan ia lupa segulung ijazah sekadar didunia. Sesekali kamu jangan begitu, kelak nanti kamu akan tahu. Sememangnya kamu tidak tahu ini bukan cerita baru, ini bukan agama baru, ini adalah peringatan untuk kamu malah untuk semua mudah-mudahan kamu tidak berpaling. Sesekali kamu jangan begitu, kelak satu saat nanti kamu akan tahu, ini bukan agama baru ini sekadar peringatan untuk kamu malah untuk semua yang ada, mudah-mudahan kamu yang mendengarnya tidak berpaling dari kenyataan ini. Ingatlah yang kamu sembah itu bukan tuhan mu malah itu agama tuhan mu bagi ia tiada mustahil untuk ia mentadbir segala agama yang wujud di dunianya, namun agama yang terbaik disisinya adalah agama Islam.

Wahai insan Allah, benarkah kamu Islam, kalau benar, percayakah kamu pada hari Kiamat? Cerita hal Kiamat ada pada semua agama, oleh itu usahlah kamu yang beragama Islam usah lupa, sesekali kamu jangan begitu kelak nanti kamu akan tahu, kelak nanti kamu akan mengerti akan catatan surat ini. Sememangnya ia amat berguna, ini kerana ini adalah peringatan untuk semua, mudah mudahan kamu menghayatinya. Hayatilah catatan surat ini, mudah mudahan ia berguna. Ini bukan agama baru, ini bukan dari seorang Padri atau Iman mahupun Rasul ini adalah peringatan dari manusia untuk manusia mudah mudahan kamu tidak berpaling, mudah mudahan kamu mendapat manafaatnya, sesungguhnya catatan ini amat berguna kelak nanti kamu tahu ertinya, sememangnya ini sekadar peringatan untuk kamu yang ingin mendengarnya, sememangnya kenyataan ini amat berguna. Bagi yang tidak percaya teruskanlah perjuangan mu didunia ini, teruskanlah…..teruskanlah perjuangan mu, kelak nanti perjuangan mu akan terhenti, kelak nanti kamu akan mengerti, kelak nanti kamu akan tertanya-tanya sendiri untuk apa catatan ini, sesekali usah kamu begitu kelak nanti kamu akan tahu. Catatan ini sekadar peringatan, mudah-mudahan kamu mendapat manafaatnya, mudah mudahan kamu menerimanya.

Wahai insan Allah, dari tanah asal kejadian, api pula beri kekuatan, air pula menyejukkan keadaan, angin mendodoikan lamunan maka terciptalah dunia yang gelora, dunia yang fana dimana manusia menghukum sesama sendiri, mati disini mati disana sesekali kamu jangan lupa, sesekali kamu usah lupa. Ini adalah sekadar peringatan, mudah mudahan kamu mendapat manafaatnya, mudah mudahan kamu tidak berpaling, mudah mudahan kamu mengerti catatan ini sekadar peringatan sahaja, ini bukan agama baru ini bukan satu khayalan, kelak nanti kamu akan tahu, kelak nanti kamu mendapat manfaatnya, janganlah kamu abaikan surat ini sememangnya catatan ini amat berguna dan sangat berguna untuk kamu malah untuk semua seisi dunia, sesekali kamu jangan berpaling dari kenyataan ini satu masa nanti kamu akan tahu..

Wahai Insan Allah, Islam adalah agama mu oleh itu janganlah kamu menghukum mengikut sesuka hati mu, sedangkan manusia yang kamu hukum itu adalah Insan seperti mu. Sesekali kamu jangan begitu kelak nanti kamu akan tahu dan ini adalah peringatan terakhir kali, sesekali jangan kamu menyangkalnya, ini peringatan terakhir kali, sesekali janganlah engkau menafikannya, sesekali kamu jangan begitu, usah kamu lena bermimpi di subuh hari. Sesungguhnya hari Jumaat akan menjelang maka ingatlah agama mu, ingatlah Tuhan mu, ingatlah Amalan mu, sesungguhnya kamu tidak mengetahui rahsia hari Jumaat melainkan Sang Pencipta Alam, oleh itu takutilah hari Kiamat, berimanlah dengan hari Kiamat dimana kiamat benar benar belaku sesungguhnya ini adalah kebenaran, bukan dongengan, mudah mudahan kamu mendapat manafaatnya, mudah mudahan kamu tidak berpaling, kerana ini adalah peringatan yang benar, yang dijanji akan terjadi yang terjadi akan diuji. Oleh itu tabahkan hatimu demi Tuhan yang Esa, demi agama yang dibawa oleh Rasulmu, sekiranya kamu benar. Ingatlah Rasulmu jua wafat iaitu tiada lagi di Alam yang nyata ini namun ia tetap menunggu kepulangan umatnya, yang maha Esa menjadi saksi kamu. Sebagai hambanya, taatlah pada yang berkuasa, kelak nanti kamu akan tahu apa erti catatan ini, sesekali kamu jangan menafikannya. Ini kerana Kiamat akan menjemput mu satu persatu. Ingatlah kamu dengan agamamu yang kamu anuti iaitu agama Islam, janganlah kamu beralih agama ini kerana apabila mati agama ditanya. Sesekali kamu jangan lupa, sesekali kamu jangan terlena, sesungguhnya kamu tetap terlena apabila dunia mewarnakan wajahnya, manusia terpedaya. Sesekali kamu jangan begitu, sesekali kamu jangan begitu, kelak nanti kamu akan tahu. Sesungguhnya catatan ini amat berguna, kelak nanti kamu mendapat manafaatnya, kelak nanti kamu memahaminya kelak nanti kamu akan tahu apa maksudnya.

Wahai Insan Allah, sesungguhnya kamu Buddha, Katolik, Kristian, Hindu, Islam atau apa jua sekali agama yang kamu anuti, hayati catatan ini mudah mudahan kamu mendapat manafaatnya. Dunia oh dunia apa petanda apa cerita keadaan dunia tidak menentu bencana didepan mata siapa yang celik siapa pula yang buta, yang salah bermaharajalela, bunuh di sini bunuh disana, perihal Kiamat tiada yang bicara, yang berilmu sibuk dengan ilmunya, Ceramah disini Ceramah disana, semuanya hal dunia, tapi sayang kebenaran kiamat tiada pun dijadikan Agenda. Kan Kiamat nampaknya nyata. Cerita kiamat semua agama ada kenapa kita takut nak bicara, Dunia dah mula gegak gempita, juragan unta kita tak jumpa dek kerana kita manusia hebat-hebat belaka, apa dah jadi, saudara kita lupa pada agamanya, lupa pada Kitab ikutannya, lupa pada semua kerana leka dengan arus dunia yang berwarna-warna.

Wahai insan Allah, ini bukan bicara sang padri, malaikat, imam, ini adalah bicara dari manusia untuk manusia malah untuk semua, mudah-mudahan kamu menerimanya, bencana didepan mata, ribut disini ribut disana, gempa disini gempa disana, petanda kiamat nampaknya nyata ada yang masih tidak percaya keadaan dunia tidak menentu namun manusia masih tak tahu. Bencana didepan mata, yang leka sekadar melihat sahaja, ada pula sang insan terdiam seribu bahasa yang berlalu terus berlalu yang tak percaya bermacam-macam helahnya, ada yang buta, ada yang pekak, ada yang bisu. Yang bisu seolah-olah terkaku, yang buta ia tak nampak, yang pekak ia melihatnya namun sebenarnya-benarnya di depan mata, ribut, gempa, banjir, Peperangan, Pembunuhan dan lain-lain semuanya didepan mata. Bukalah peti Televisyen pasti kita dapat melihatnya. Berita disini, berita disana, macam-macam belaku didunia, namun manusia itu tetap leka, perubahan zaman nampak ketara namun manusia tetap terlena. Tsunami datang menyiram diri, ribut pula mendodoi mimpi, gegak gempita kejutkan kita namun manusia buat selamba dek kerana ia belaku tak kena kita.

Wahai Insan Allah, ingatlah ini adalah satu peringatan yang berguna untuk kamu dan untuk semua yang tak percaya, teruskanlah perjuanganmu di dunia ini teruskanlah, teruskanlah, teruskanlah, kelak nanti perjuangan mu terhenti, kelak nanti kau akan mengerti. Sesekali usah kau begitu, kelak nanti kau akan tahu ingatlah ini satu peringatan yang nyata, satu masa nanti kamu mengakuinya. Catatan ini bukan rekaan, sememangnya catatan ini sangat berguna untuk kamu, malah untuk seisi dunia, ingatlah peringatan yang telah diberi, peringatan dahulu, namun mereka tetap berpaling sesekali kamu jangan begitu kelak nanti kamu akan tahu catatan ini sekadar peringatan bukan hasutan, catatan ini bukan agama baru malah catatan ini untuk semua agama mudah-mudahan kamu memahaminya, mudah-mudahan kamu tidak berpaling dari kenyataan ini, mudah-mudahan kamu mendapat rahmatnya. Namun insan yang bernama manusia tetap leka apabila dunia mewarnakan serinya, manusia terpedaya. Oleh itu, janganlah kamu mendustai catatan ini padahal kamu sendiri menjadi saksi, kamu sendiri yang melihat dunia dari sepi, kini ceria, daripada gembira kini bertukar gundah gulana, daripada miskin kini kaya-raya dan pelbagai lagi, sesekali kamu jangan lupa, sesekali kamu jangan begitu, satu masa kelak nanti kamu akan tahu satu masa kelak segala rahsia akan terbuka.

Wahai insan Allah, janganlah kamu lupa ini adalah kebenaran yang nyata, kamu manusia yang beragama untuknya selalu lupa, Islammu hanya dimata agama mu sekadar percaya namun hatimu, dirimu sendiri yang merosakannya, beraja dimata, terpenjara dijiwa, agamamu dijadikan sandaran untuk menyeliputi perbuatan mu, sesekali kamu jangan begitu, sesekali kamu jangan begitu, sesekali kamu jangan leka. Ini satu peringatan yang berguna. Ini bukan mimpi atau khayalan, bencana sini, bencana sana namun kamu jadikan bahan cerita malah ada yang tidak percaya, ada yang tidak pedulikanya, sesekali kamu jangan begitu kerana dunia ramai yang derita, kerana dunia ramai yang beralih agama, sesekali kamu jangan begitu. Ini kerana apabila mati agama ditanya, bila mati hitungan dikira, sesekali kamu jangan begitu. Ini adalah peringatan yang berguna untuk kamu.

Wahai Insan Allah, usah kamu mendustakan catatan ini. Sesungguhnya ayat ini amat bermakna untuk kamu malah bukan untuk kamu sahaja tetapi untuk semua yang ada supaya kamu yang mempunyai fikiran dan akal yang baik tidak menolaknya. Sesungguhnya kamu tidak pekak, buta, cacat oleh itu usahlah kamu ragui catatan ini. Kelak nanti satu masa kamu akan ketahui maksudnya.Wahai Insan Allah dirikan sembahyang dan keluarkan zakat. Wahai insan Allah, solatlah apabila kamu tidak tahu maka turutilah agamamu karana dalam agama ada menerangkan segalanya yang kamu tidak mengetahui apabila kamu sembahyang pasti kamu lihat jemaah dibelakang, dikiri, dikanan adalah insan seperti mu iaitu sifat Allah jua malah dihadapanmu iaitu Imam adalah sama seperti mu oleh itu usah lupa apabila kamu mengenal Sifat Allah, keluarkan zakat, ini kerana zakat dari manusia untuk manusia, pasti kamu merasa hidup didunia merasa selesa, namun kamu yang bernama manusia lupa pada diri sendiri, lupa pada agama mu kemewahan di bolot sampai ke mati, sesekali usah kamu begitu satu masa nanti kamu akan tahu Satu masa nanti kamu akan mengerti.

Wahai Insan Allah, ingatlah asal jadi mu dari segumpal tanah lalu menjadi nyata, tiada pangkat mahupun harta, kamu semua bersaudara kerana Yang hina itu adalah saudara mu, yang miskin itu adalah sahabat mu, yang papa itu adalah insan separti mu, maka turutilah agama mu sekiranya kamu tidak mengerti, usahlah kamu diam membisu. Kita semua bersaudara dimana cubit peha kanan peha kiri terasa sakit menanggung derita dan berjaga malam ingatlah sesekali usah kamu berpaling satu masa kelak kamu pasti tahu catatan ini apa maksudnya.

Wahai Insan Allah, ingatlah bahawa dari kalangan sahabat, kawan, teman,suami, isteri, anak, bapak ada diantara mereka adalah musuhmu. Oleh itu, berhati-hatilah dengan mereka ini kerana catatan ini adalah benar bukan hasutan, bukan dongengan, mudah mudahan kamu menerimanya kamu memahaminya, ini kerana ada diantara meraka adalah musuhmu yang nyata. Mereka menjadi penghasut, pengkhianat, pendusta dan mereka berlebih lebihan dari ketetapan Ilahi. Oleh itu, waspadalah tiap langkah mu hayatilah surat ini dari awal bicara hingga ke noktah terakhir sedalam dalamya. Ini kerana ini adalah keterangan, ini adalah peringatan yang nyata, satu masa kelak kamu akan tahu maksudnya, satu masa kelak kamu akan berjumpa, Satu masa kelak kamu semua akui..

Wahai Insan Allah, ingatlah ini adalah peringatan terakhir kali tiada lagi peringatan selepas ini. Seraut wajahmu seindah atau secantik-cantik makhluk. Namun kamu tetap sifat Allah jua, kamu sekadar nama. Oleh itu ingatlah peringatan ini, sembahlah Allah jangan sesekali kamu wahai manusia Menduakan Tuhan mu, menyembah selain dari nya iaitu Allah, sesekali kamu jangan begitu, sesekali kamu jangan begitu, usahlah kamu beralih agama mu kerana agama Islam adalah agama Allah, dimana kamu sendiri yang menyembah Allah dan usah kamu sekutukan Allah pada yang lain antaranya Kamu menyembah berhala yang seakan-akan sifat manusia sesekali kamu jangan begitu, sesekali kamu jangan begitu satu masa nanti kamu akan tahu, ini kerana penerangan Rasulmu adalah benar agar kamu hidup di alam ini berkeyakinan serta mempunyai pegangan yang kukuh hidup sempurna dari satu generasi ke generasi yang lain hinggalah ke hari ini.

Wahai Insan Allah, usahlah kamu menyangkakan yang kamu tidak mati seolah-olah esok masih ada untuk kamu, hari ini kamu nampak gagah, hari esok mungkin kamu tidak segagah hari ini, sesekali kamu jangan begitu, sibuk bersukaria ria dengan keluargamu namun ingatlah petanda yang datang dari seluruh pelusuk penjuru sedikit demi sedikit namun kamu manusia tidak perasan, kamu leka kamu tidak menyangkanya. Sesekali usah kamu begitu, sesekali jangan kamu begitu, satu masa kelak kamu akan tahu ini adalah peringatan untuk kamu malah bukan untuk kamu sahaja tetapi untuk semua yang ada di Alam ini. Janganlah kamu berpaling satu masa nanti kamu pasti mengetahuinya, satu masa kelak segala rahsia akan terbongkar. Saat itu tiada lagi bicara kerana masing-masing akan mengetahuinya, ini kerana catatan ini adalah Benar, ini adalah peringatan yang Nyata. Sesekali usah kamu berpaling dari kebenaran ini, satu masa nanti kamu akan tahu jua. Mudah-mudahan satu masa nanti kamu menerimanya, kelak nanti kamu mendapat manafaatnya.

Wahai insan Allah ingatlah! Usahlah kamu menghina Rasulmu malah agamamu ini kerana Rasulmu tidak bermusuh denganmu tetapi manusia bermusuh sesama sendiri demi kepentingan duniamu, demi kerakusan hatimu sesekali kamu jangan bagitu, renunglah dirimu dimana musuh-musuhmu adalah insan sama sepertimu, sesekali usah kamu lupa sesekali kamu jangan lupa, satu masa kelak kau akan tahu.

Wahai insan Allah, jangan kamu lupa hidup ini sementara. Asal tanah pulang ketanah, sesekali kamu usah lupa, sesekali kamu jangan begitu, suatu masa nanti kamu akan tahu, ini kerana catatan ini adalah satu kebenaran yang nyata. Surat ini satu peringatan janganlah kamu berpaling, sesekali kamu jangan begitu ini kerana suasana Alam tidak menentu dek kerana manusia tahu tetapi ia mendustakannya. Manusia menjadi saksi tetapi ia menolaknya. Sesekali kamu jangan begitu satu masa nanti kamu akan tahu, satu masa nanti kamu pasti akui, ini kerana dunia bukan tempatmu, dunia ini pasti binasa kamu manusia haruslah berjaga-jaga. Kamu manusia jangan sesekali merasa hampa, kamu manusia jangan sesekali gundah dijiwa, kamu jangan sesekali membencinya. Sesungguhnya ini adalah PERINGATAN untuk mu yang bernama Manusia.

Wahai insan Allah, perkuatlah jiwamu ini kerana kamu akan bertemu Allah satu persatu, segala amalanmu akan dikira dari awal hingga ke akhir usiamu, jangan sesekali kamu mendustakannya dan tidak percaya, bukalah matamu usahlah kamu selimut matamu dengan kegelapan Akhirat. Ini kerana setiap tapak langkah kakimu menuju kesana. Alam Akhirat menantimu. Namun diri seolah-olah menolaknya seperti tidak percaya sedangkan kamu lupa dunia ini Sementara. Lihatlah disekeliling kamu, siapa yang kamu boleh percaya, siapa yang benar, siapa pula yang berpura-pura, siapa pula yang leka, siapa pula yang terpedaya? Sesekali usah kamu begitu kelak nanti kamu akan tahu.

Wahai insan Allah sesungguhnya ini adalah Peringatan Terakhir tiada lagi peringatan selepas ini, oleh itu usahlah kamu berpaling dari kenyataan ini sesungguhnya ia benar, sesungguhnya ini peringatan terakhir kali. Oleh itu janganlah kamu jadikan surat ini MUSUHMU. Malah catatan ini sekadar peringatan yang benar. Benar bagi yang beriman pada hari Jumaat. Pada yang tidak percaya teruskanlah, dengan agamamu. Sememangnya kitabmu itu ada menerangkan Hari Kiamat, adakah kamu sudah lupa atau kamu ingin perolok-olokannya? Sesekali kamu jangan begitu, dunia ini seakan-akan binasa, dunia ini kembali pada Sang penciptanya, kamu manusia haruslah waspada, jangan Lupa jangan Leka.

Wahai insan Allah ini, peringatan terakhir kali, sesekali kamu jangan mendustakan catatan-catatan ini semoga kamu beroleh rahmatnya. Ini kerana peringatan ini adalah untuk kamu, peringatan ini belum pernah diberi peringatan pada ibu bapa mu, datuk moyang mu. Ingatlah peringatan hari Jumaat iaitu berlakunya Kiamat tiada siapa yang dapat melarikan diri dari Hari Kiamat. Sesungguhnya ia benar-benar belaku janganlah kamu cuba mendustakanya, ia datang tidak diduga ini kerana manusia leka semasa kedatanganya.

Wahai insan Allah, Alam terus membisu bencana datang dari seluruh pelusuk penjuru dunia, tidak mengira Agama, Bangsa, Keturunan pasti semua akan ketahuinya, gunung-ganang seolah-olah ingin kembali ketempat asalnya, hutan rimba ingin turut serta, laut yang gelora menghempas pantai, pantai yang indah bertukar wajah. Janganlah kamu tidak percaya satu masa nanti kamu akan jumpa satu masa nanti kamu akan ketahui satu masa nanti kamu akan akui sesungguhnya ini peringatan yang nyata.

Wahai insan Allah, ingatlah Sang Matahari kelak menyepi Bulan pula menghilangkan diri langit nan biru bertukar kelabu, gegak gempita di seluruh Dunia, janganlah engkau buat tak tahu, ini kerana petanda Kiamat menghampiri kita, sesekali usah engkau lupa, ini adalah peringatan untuk kamu mudah-mudahan kamu dapat pengajarannya, mudah mudahan kamu tidak berpaling sesungguhnya catatan ini benar, yang dijanji tetap terjadi. Kelak nanti kamu akan ketahui, kelak nanti kamu akan jumpa kelak nanti Kamu sendiri yang melihatnya.

Wahai Insan Allah ingatlah ketahui olehmu dari seorang lelaki maka lahirlah dirimu ke Alam ini, usah lupa, usah mendustakanya sesungguhnya dari seorang Wanita kamu melihat dunia sesungguhnya dari seorang Ibu kamu menjadi perkasa, kuat dan bertenaga. Sesekali kamu jangan menafikanya, ingatlah, jangan kamu samakan kedua-duanya pada yang lain. Ini kerana mereka tetap mereka, kamu tetap kamu, si pengasih tetap si pengasih, si penyayang tetap si penyayang, janganlah kau menafikanya, janganlah engkau mendustakanya kelak nanti kamu akan tahu kelak nanti kamu akan mengerti, ini kerana dari setitik zat kamu membesar bertenaga dan sempurna. Sesekali kamu jangan begitu, sesekali kamu jangan begitu, sesekali kamu jangan menyangkalnya satu masa kelak kamu, dia dan mereka-mereka akan dihimpunkan ditempat yang sama, sesekali kamu jangan mempertikaikanya, sesungguhnya ini peringatan yang Nyata untuk kamu, malah untuk semua tidak mengira bangsa, agama, keturunan.

Wahai Insan Allah, Ar-Rahman tetap Ar-Rahman, Ar-Rahim tetap Ar-Rahim. Usah kamu ubah segalanya, dalam agama ada menerangkan maksudnya lelaki tetap lelaki perempuan tetap perempuan jangan sesekali kamu menyerupai salah satu di antara yang lain. Si lelaki tetap dengan ikutannya, wanita tetap dengan batasnya, sesekali kamu wahai manusia jangan melampaui batas, dimana lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Sesekali kamu jangan begitu, satu masa kelak kamu akan tahu. Ini kerana agama mu telah menerangkan segalanya, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kamu insan yang bernama manusia haruslah waspada, satu masa kelak kamu, dia, mereka-mereka akan dihimpunkan ditempat yang sama, sesekali kamu jangan mempertikaikanya sesungguhnya keterangan ini satu peringatan yang nyata untuk kamu malah untuk semua.

Wahai Insan Allah ketahuilah oleh mu tentang catatan ini dari awal hingga akhir bicara segalanya adalah benar, jangan sesekali kamu berpaling dari catatan ini. Janganlah kamu bersedih apabila peringatan ini berlalu pergi dari jiwa mu, kelak jiwamu terkunci kaku. Satu saat nanti dirimu dalam keadaan kacau bilau, kelak nanti kamu akan tahu, usahlah diri mu merasa keluh resah didalam diri, jasad pula meratap diri kenangkan diri tidak perduli. Sesekali janganlah kamu menuding jari sesama sendiri kerana mereka jua mendapat peringatan yang sama. Ingatlah oleh mu, Rasulmu telah memberi Peringatan pada mu dahulu, semasa hayat hidupmu, walaupun Rasulmu kamu tak temu, namun agamanya kamu temui Al Quran pula pertunjuk diri untuk mencari jiwa yang suci.

Wahai Insan Allah, ingatlah agama Rasulmu iaitu agama Islam. Ini kerana Peringatan ini adalah untuk kamu malah untuk semua tidak mengira yang hidup atau yang sudah tiada, bagi yang sudah tiada ia tidak lupa, kamu akan menuju tempat yang sama, dan ingatlah wahai insan Allah, kamu semua akan terdengar Deruan pekikan Alam yang dahsyat dimana penghuni-penghuni Kubur tersentak lalu terperanjat dan jika itu yang kamu lalui kelak jangan kamu menyumpah seranah kerana jiwamu lupa, hatimu leka, peringatan diberi kamu buat tak peduli, kelak kamu bergelar orang yang rugi.

Wahai Insan Allah, janganlah kamu bermuka-muka, ada yang berselindung di sebalik wajahnya, ada pula yang berlandaskan agama untuk kepentingan dirinya sendiri, ada pula yang mengambil kesempatan
di atas kebenaran Al Quran, ia jadikan satu sumpahan. Sesekali kamu jangan begitu. Ini kerana kitab itu sememangnya benar malah kamu yang mendustakanya, kamu perolok-olokannya. Jangan kamu begitu wahai insan Allah, si pendusta adalah kamu, si pengkianat adalah kamu, si penipu adalah kamu, jangan kamu lupa Dunia tetap dengan perjalanannya, Matahari tetap dengan geraknya, Bulan tetap dengan arahnya, Bintang ditempat yang sama, kamu yang bernama manusia, pelbagai peringatan yang telah diberi pada Manusia-manusia dahulu yang telah diterangkan dalam kitab sucimu
Iaitu kitab Al Quran, dan perjalanan manusia, Rasulmu dijadikan panduan, pemetaan untuk kamu sampai ke destinasi di janjikan iaitu perjalanan dunia Akhir ialah Hari Kiamat. Selepas itu, tiada lagi kehidupan dunia yang indah ini. Ingatlah wahai insan-insan pada hari Jumaat kerana pada hari itu mungkin hari terakhir kamu di Alam ini tinggalkan segala urusan jual beli mu, segala urusan dunia mu atau kamu terus mendapat Peringatan demi Peringatan pada Jumaat-jumaat berikutnya, namun kamu wahai manusia tetap berpaling dan akhirnya kiamat datang menjemput alam. Dunia yang gelora menjadi tenang, selaut gelombang seakan-akan dilautan, itulah kamu dihari pembalasan .

Wahai insan Allah sesungguhnya kamu tidak lupa, asal jadimu dari tiada kini nyata dan seterusnya berkeluarga beranak-pinak dan berketurunan, sekiranya kamu bersaudara, sampaikan peringataan ini sesungguhnya risalah ini amat berguna pada keluarga terdekatmu, moga mereka tidak berpaling dari kenyataan ini kerana suatu masa nanti kamu semua akan mati bersama-sama hari Jumaat. Hari itu tibanya Kiamat tiada seorang pun akan hidup melainkan Sang Pencipta, ia menantimu ditempat yang dijanjikan, tempat kamu dihitungkan.

Wahai insan Allah, usah rasa keluh resah jiwamu apabila hitunganmu dikira satu persatu Rasulmu turut ada disitu maka janganlah engkau lupa wahai manusia akan Kalimah agamamu dari dahulu hingga kehari ini. Jangan kau lupa wahai manusia ini adalah Peringatan yang terakhir iaitu Peringatan hari Jumaat iaitu Peringatan Kiamat.

Wahai insan Allah anak kepada dua hamba Allah cucu cicit Adam dan Hawa, dahulu engkau engkar dengan Rasulmu, dahulu engkau aniaya dirimu, dahulu engkau sembah selain tuhanmu, dahulu engkau menentang Rasulmu, dahulu engkau tidak tahu, dahulu engkau tidak berilmu, dahulu engkau lalai semasa hidupmu, dahulu engkau rakus semasa diduniamu. Oleh itu, kembalilah kepada agama Rasulmu iaitu Agama Islam. Ini kerana agama Islam adalah agama tuhanmu. Sesungguhnya mati adalah benar, adanya Malaikat adalah benar, Rasul-rasulmu adalah benar, adanya hari Kiamat adalah benar, hendaklah kamu wahai insan Allah kembali kepada agamamu kembali kepada kitabmu sebagai petunjuk, kembali kepada kitab Al-Quran sebagai perjalanan rasul-rasulmu, maka disitu kamu akan tahu catatan ini kelak bermanfaat untuk kamu, kerana kamu kini berada diambang Kiamat yang dahsyat, tiada siapa yang dapat menolongmu melainkan Allah, oleh itu, ini adalah Peringatan dari agamamu iaitu Agama Islam.

Wahai insan Allah tuhanmu tetap satu, tiada ia tiadalah kamu, dunia ini aka binasa, kamu sebagai hambanya haruslah waspada kelak kamu akan jumpa disana iaitu di Padang Mahsyar ditempat hari kebangkitan sekelian manusia, mulutmu kaku, lidahmu kelu, sang mentari menyinari diri seolah-olah api membakar diri, apa yang tersembunyi dibongkar kembali untuk menghitung amalanmu nanti. Sesekali wahai insan Allah usahlah lalai dialam ini, duniamu ini hancur berkecai. Sang insan dahulu ditidurkan, kembali gagah untuk dihitungkan, janganlah kamu cuba mendustakan ini adalah Hari Pembalasan untuk mengira amalanmu semasa hidup didunianya dahulu.

Wahai insan Allah sesungguhnya ini Peringatan yang terakhir, tiada lagi peringatan selepas ini, hendaklah kamu faham maksud catatan dari awal hingga akhir bicara, sesungguhnya catatan ini satu Peringatan untuk kamu dan semua yang ada tidak mengira Agama, Bangsa, Keturunan. Ini adalah Peringatan untukmu dimana Peringatan Akhir ini belum pernah diberi Peringatan kepada ayah atau ibumu, atuk atau moyangmu, ini adalah Peringatan hari Kiamat. Ia menghampiri duniamu, sememangnya kamu tidak tahu rahsia hari Kiamat. Oleh itu hayatilah catatan surat ini dengan sedalam-dalamnya. Ini adalah Peringatan dari Manusia untuk Manusia agar kamu tidak merasa hampa. Catatan ini belum pernah diberi pada keluargamu, saudara-maramu dan ini Peringatan dari Agamamu.

Wahai insan Allah diri kamu sekadar nama, janganlah kau beranggap seperti panglima seolah-olah ingin membuka langkah, tapi sayang langkah mu semakin hari semakin sumbang, kau beranggapan dirimu perkasa selalu, kelak nanti dirimu terkulai layu bersama-sama Hari Jumaat. Waktu itu tamatlah perkasa mu, hari itu terhurailah nafsu Syaitanmu, hari itu termenunglah dirimu kenangkan tiada amalan disisi Agamamu kerana kamu didunia membuat angkara, takdir datang manyunsung Alam. Alam yang indah bertukar wajah.

Kenapa kau nak sama dengan mereka, kenapa kau ingin serupa mereka, kenapa kau tak percaya, kanapa kau lupa, kenapa kau tertanya-tanya, kenapa kau tak ingat mareka, kenapa kau lupa, kenapa kau ingin sama dengannya, kenapa kau tak terima, kenapa kau masih ditempat yang sama, kenapa kau masih tak jumpa, kenapa kau masih gundah dijiwa, kenapa kau leka, kenapa kau tak faham dijiwa, kenapa kau tak mampu pertahan segalanya, kenapa kau lihat dunia seperti syurga, kenapa kau tak tanya mereka, kenapa kau tak serik dijiwa, kenapa kau tak jemu, kenapa kau tak bersihkan hatimu, kenapa hatimu, kenapa dengan hatimu, kau bertindak melulu, kau lupa kisah silammu, kau buat tak tahu, kau tak insaf, kenapa…kenapa…kenapa………

Sekiranya ini yang kau rasa nyatalah kau tak mampu mengekori Aku, nyatalah kau tak kenal agamamu, nyatalah kau seorang penipu, nyatalah kau sememangnya tak tahu, nyatalah kau sama seperti mereka yang buta hatinya, nyatalah kau sama seperti mereka yang buta matanya, nyatalah kau sama seperti mereka yang pekak telinganya, nyatalah kau sama mereka dibelenggu jiwa, nyatalah kau sama mereka dibuai arus dunia, nyatalah kau tidak percaya, nyatalah kau manusia pendusta.

Kau tahu ini Aku yang berkata, ini aku yang bersuara, ini aku yang berada dititik mula, ini aku yang tak terdaya, ini aku yang akan buat petanda…kelak aku tinggalkan semua, kelak kau akan rasa, kelak kau akan jumpa, kelak kau tak percaya, kelak kau merasa hampa, dimana jujurmu, dimana amanahmu, dimana setiamu dan dimana sembahyangmu.

Aku pergi jua, ternyata kau semua tak mampu mengekoriku walaupun aku dekat denganmu dan kini aku berada dititik akhir, kini aku berada disaat akhir, kelak kau manusia yang rugi kerana kau berpaling dari Peringatan ini. Tugas Aku, kurungkai semua rahsia, kujelaskan semua untuk apa aku disini, untuk apa aku kemari. Dan pasti aku akan pulang dan pergi terus pergi tak kembali, dunia akan gegak gempita, Alam dan Manusia mencari sesuatu. Apa yang kau cari, apa yang masih kau cari, apa sebenarnya kau cari, apa yang kau temui, apa yang belum kau temui, apa yang kau jumpa, Aku ada disitu, ini Aku, kau tak nampak wajahku kerana hatimu kelabu, kau tak kenal diriku kerana kau tak kenal hatimu, kau tak kenal akan aku kerana kau tak kenal jiwamu, kau lupa mencariku kerana kau sibuk dengan duniamu. Ini adalah Utusan dariku, kerana kau penuh ilmu, tuhanmu adalah dunia, kerana didunia bermacam-macam cerita, bermacam-macam agama. Akhirnya kau yang bernama manusia terpedaya. Tuhanmu kau tak jumpa, agamamu kau persenda.

Ini Aku. Serulingku dendangkan agar kau kenal akan aku, Seruling ku mainkan agar kau tahu, Seruling ku tiup perlahan-lahan agar kau tenang dengan alunannya, Seruling ku hiburkan agar kau tahu duniamu sampai disini, jangan kau lupa perintahku, ini bukan maksud belenggu. Aku adalah Sang Kiamat yang hampir, Sang Kiamat yang dekat, Sang Kiamat yang wujud, Sang Kiamat yang nyata, selamat tinggal Alam, selamat tinggal segalanya. Aku bukan pendusta, aku bukan si penganiaya, aku adalah si pengKiamat dunia, aku adalah “AL-MASIH”. yang kau masih tercari-cari, yang kau masih tertanya-tanya, yang kau masih tak jumpa, yang kau masih tak percaya. Didunia yang nyata aku bernama AL-QURAN. si pentadbir Alam didunia aku bernama Manusia, didunia aku bernama Hamba, didunia aku Setia, didunia aku tak menyebelahi sesiapa, didunia aku menjadi saksi NYATA. didunia aku mendidik semua. Tentanglah Aku. Bermusuhlah denganku, kelak nanti kau akan tahu. Aku Sang Penghitung yang jujur. Aku bukan Pendusta. Aku adalah AL-MASIH hidup dan Aku tidak mati.

Sememangnya kamu Manusia yang lama mati, apabila dihidupkan kau insan yang pendusta, kau lupa dirimu, kau aniaya dirimu dan ingatlah pada hari Jumaat, Aku akan menjenguk Alam dikelilingku, saat itu kau akan tahu petanda Kiamat berada dihadapan matamu, ini rahsiaku, tiada siapa yang tahu, satu saat segala rahsia akan terbongkar, waktu itu kau sekadar membilang harimu. Segala rumah ibadah akan musnah, dunia yang kau sanjung hancur lebur ibarat tiupan angin badai yang menghembus perlahan-lahan dan terus hilang, masihkah kau tak percaya Aku AL-MASIH hidup, Aku sudah berusia lama, Aku sudah tua, Aku tak terdaya, Aku tak hirau siapa, Aku tak bermaya, segala catatan ku sudah ku selidik semua, tiada cacat tiada cela, lengkap sudah aku diDunia, kau yang bernama manusia masih menafikan semua. Kini usia ku menghampiri hari Kiamat, kelak longlai langkah mu, kelak kau tak bernafsu. kau akan tahu catatan LUH menutup tirainya maka tamatlah cerita duniamu. Kau tak percaya catatan ini, kau sudah membacanya, kau akan tahu aku bukan pendusta, aku taat pada Duniaku, pada Agamaku, pada Rasulku, pada Malaikatku, pada Kitabku dan pada hari Kiamat, ini Aku yang bernama AL MASIH aku masih disini, cukup masa aku akan berlalu, pergi aku pasti pergi, tidak kau jumpa peringatan sebegini lagi, ini adalah peringatan terakhir dari ku perutusan ku membawa seluruh umat manusia kembali kepada ALLAH yang satu, ikutlah Aku, percayalah pada hari Kiamat kalau kau manusia yang benar ini kerana di Padang Mahsyar ada yang menunggu mu disitu kau akan tahu, aku AL-MASIH, AKU BERDIRI PADA SEORANG LELAKI IKUTLAH LELAKI ITU IA TIDAK MEMINTA APA APA BALASAN DARI MU, DIA YANG BERILMU DIA BUAT TAK TAHU, KAU YANG BERILMU SEBESAR ZARAH SEOLAH- OLAH KAU BERILMU, SIMPANLAH ILMU MU ITU, APABILA KAU MENGHADAP TUHANMU KELAK KAU TAHU ILMU MU ITU TIADA GUNANYA DIHADAPAN TUHANMU. ingatlah ini peringatan Terakhir kali untuk kau yang bernama Insan makhluk tuhan………..

Peringatan Terakhir Untuk Semua.

…………………………………
LAYARBAHTERA
(www.layarbahtera.com)

Aku Didunia Aku Manusia
03 oktober 2008
Layarbahtera@yahoo.com

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my