Terkini  Popular    Mula Topik

Kuasa Minda Bawah Sedar Iii + Idea Untuk Farrah Wanie

2010-02-26 16:42:00
Maulidul Rasul kepada sahabat sekalian.

Kepada saudari Wanie, memang betul apa yang saudari nyatakan: mungkin rakan sepejabat telah menutup periuk nasi saudari, tetapi, saudari harus bayangkan dan bersikap positif bahawa masih banyak lagi ‘entiti penjana ekonomi’ di luar sana yang menanti untuk saudari berurus niaga. InsyaAllah, saudari mampu mencapai apa yang saudari inginkan tetapi yang penting, berfikiran positif dan tingkatkan cara pengurusan saudari, k...

******

KUASA MINDA BAWAH SEDAR III

Peluang pekerjaan (part time)..? Silalah layari http://creativeintuitive.blogspot.com.

Apakah yang dimaksudkan dengan PENEGASAN (AFFIRMATION) di dalam konteks Minda Bawah Sedar..? Mengapa ia amat penting..? Adakah mudah untuk membentuk PENEGASAN (AFFIRMATION) ke dalam Minda Bawah Sedar..?

Jangan anda terkeliru tentang maksud PENEGASAN (AFFIRMATION) ini. Kita boleh memberikan takrifan yang pelbagai mengikut landasan tertentu: dari sudut bahasa, falsafah atau perubatan (fisiologi). Ia sebenarnya lebih dari apa yang kita jangkakan.

Terkadang PROSES PERULANGAN (REPETITION PROCESS) yang kita lakukan membuat kita berasa proses ini telah membentuk KUBU PENEGASAN (FOTRESS OF AFFIRMATION) di dalam Minda Bawah Sedar. Walaubagaimanapun, jangkaan ini meleset sama sekali. Namun, ia boleh dan harus dipelajari dengan asas-asas:

• Mengenal sifat-sifat Minda Bawah Sedar (sebagai contoh: Minda Bawah Sedar TIDAK tidur).
• Mengawal infrastruktur Minda Bawah Sedar.
• Meneroka proses-porses yang terkandung di dalam Minda Bawah Sedar.
• Mempraktikkan secara dasar di dalam program ”Awakening Creative & Intuitve Potentials in You” (layari http://creativeintuitive.blogpsot.com).

Dalam artikel terdahulu, saya telah nyatakan pengaruh tak tersedar televisyen terhadap kelakuan anak-anak kita. Izinkan saya menspesifikasikannya dengan satu contoh mudah:

“Kita acapkali berasa jijik apabila dipaparkan situasi pasangan bercumbu-cumbuan. Perasaan jijik itu baik kerana Minda Bawah Sedar kita (yang dewasa) telah dibentengi dengan PENEGASAN (AFFIRMATION) yang positif. Tetapi, bagaimana pula yang akan berlaku kepada anak-anak kita yang turut sama menonton rancangan itu..? SEsungguhnya mereka belum ada PENEGASAN (AFFIRMATION) seperti kita. Oleh itu, mereka akan berangggapan bahawa perkara itu adalah suatu trend masa kini yang harus diikuti. Sedarkah anda pengaruh trend ini sekarang..? Seks luar nikah, anak haram, buang anak dan murtad..!!!”

Masih bingung..? Baiklah, izinkan saya memberi satu lagi contoh mudah berkenaan dengan PENEGASAN (AFFIRMATION) ini. Selebihnya, layarilah http://creativeintuitive.blogspot.com dan ikuti program kendalian saya.

”Pernahkah anda menonton filem P. Ramlee bertajuk ’Ibu Mertuaku’..? Masihkah anda ingat paparan (scene) Sabariah berbicara dengan suami barunya (seorang doktor)..? Apakah cita-cita suami baru itu terhadap anak tirinya..? Tetapi apakah permainan yang diberikan kepada anak kecil itu..?”

InsyaAllah, program kendalian saya akan menjadi suatu revolusi untuk anak-anak anda. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan dan puan-puan dan insyaAllah saya akan membincangkan topik ”Alat-alat Minda Bawah Sedar” secara dasar di dalam artikel saya yang seterusnya.

Sekian, muhibbah daripada saya.

MOHD. HAZAOMA HJ ABU HASAN
Pensyarah Pendidikan & Pengurusan
Kota Damansara, Petaling Jaya
017 – 2259078

MOHD. HAZAOMA HJ ABU HASAN

Pensyarah Pendidikan & Pengurusan

017 - 2259078

edu.haza@gmail.com / e

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my