Terkini  Popular    Mula Topik

Rita Tidak Setuju Permohonan Cerai Aidil

2012-05-01 12:22:59


PETALING JAYA - Pelakon Rita Rudaini tidak bersetuju dengan permohonan

suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd Razak,

untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.



Rita, yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain,

memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan

alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.



“Ini kerana tiada sebarang perbincangan­ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai).



“Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada

keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat

bulan lalu,” katanya.



Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian memerintahkan agar

jawatankuasa pendamai yang diwakili keluarga terdekat kedua-dua pihak

dilantik.



Mahkamah juga menetapkan 16 Mei depan sebutan semula kes.



Aidil hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.



Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand, pada 25

Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan

Airit Rafqa Arjuna, 2.



Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Aidil.http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rita-tidak-setuju-permohonan-cerai-aidil-1.44485

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my