Terkini  Popular    Mula Topik

Bahaya Mulut Celupar

2012-05-01 16:17:55
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu

menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,

dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan

katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan

dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian

antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini

kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini.

Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata

perkara yang baik-baik sahaja.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah

kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir

menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan

janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain.

Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]

Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya

baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah

datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal

dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia

sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan

ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat

yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah,

destinasi beliau adalah neraka.

Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang

akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Jodoh pun lambat,

InsyaAllah.

Wallahu’alam

Formula Mengubati Mulut Celupar Daripada Rasulullah

.

.

Nota Kaki

~~~~~~

[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4646

[2] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 9298

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my