Generic placeholder image
Oleh Azrul Hj Alwi
02-May-2012 11:50
Oleh Clara Chooi



May 01, 2012











KUALA

LUMPUR, 1 Mei —  British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar

tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0

Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

“Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

“Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang

dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran,”

kata wakil BBC melalui emel kepada  The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat “permohonan

segera” kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua

minit terhadap protes ganas tersebut.

“BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.

“Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan

di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan

daripada versi asal BBC,” katanya.

Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut,

laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat

termasuk rakaman dengan dua perusuh.

Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan

oleh saluran Malaysia boleh di tonton

di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa

Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih

mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.

“Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami

tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian,

tapi mereka tetap melepaskan tembakan,” katanya.

Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan

alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba

bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.

“Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.

“Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika

ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini

kerana ia hari bermakna buat Malaysia,” katanya dikelilingi ribuan

peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.

Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan

BBC, yang mana menunjukkan rakaman dari sudut atas polis melepaskan gas

pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.

“Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula,” katanya dalam petikan yang disiarkan.

“.... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang

ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...,” katanya dalam

petikan yang disensorkan.

“... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh,” katanya, dan petikan rakaman itu disiarkan.

Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap media antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.

Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat

tidak berminat untuk berubah dan pilihan raya dijangka bakal berlaku Jun

depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.

“Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik.”

Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu,

Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang

siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan perusuh.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bbc-selar-siaran-liputan-bersih-3.0-ditapis/







Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my