Terkini  Popular    Mula Topik

Ponzi Skim Orang Malaysia Tidak Serik Dan Tidak Pernah Putus Asa Dengan Skim2cepat Kaya.

2012-10-11 16:38:49
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukanniagaemas/Article/index_htmlBukan niaga emasSalam,Kehebatan orang kita tak boleh dinafikan. Tidak akan serik dengan skim2 cepat kaya. Apabila ada tawaran menarik seperti pasif income bulan-bulan dapat dividen maka dengan cepat mrk akan rebut peluang. Halal dan haram bincang kemudian tambahan pula pak lebai, mak haji, pak haji dan ustaz2 ramai yang masuk dan berkempen sudah cukup kuat hujah utk menghalalkan skim. Tanpa usul periksa latar belakang profil syarikat,aktiviti perniagaan dan modus operandinya dan orang yang bawa juga ditokok tambah supaya sedap dan nafsu meruap-ruap untuk cepat dapat income bulanan untuk nak beli kereta idaman dan sebagainya, maka sanggup buat loan dan gadai apa yang boleh digadai akhirnya membawa rebah.Tidak salah buat loan utk perniagaan dan pelaburan. Semuanya ada risiko tapi perlu study lebih sedikit tentang saham/biz apa yang nak dilaburkan. Ilmu sesuatu perniaagaan penting.Trend sekarang ini banyak skim2 pelaburan melaui internet yang jelas meragukan dan byk kelemahan. Hanya dengan operasi melalui sistem laman web dan lantik kaki2 cari pelabur dikedai-kedai kopi ramai yang serah wang deposit kepada orang2 ini untuk dividen bulanan. Dimana wang dilaburkan pun kita tak tahu. Ada juga syarikat yang sah spt link diatas tatapi menyalahi BNM.Pendek kata wang dividen bulanan itu bukan hasil operasi perniagaan syarikat tetapi wang pusingan pelabur2 baru (Money game) maka siapa yang awal masuk akan dapat untung. Yang akhir masuk atau top-up lagi modal akhirnya  sangkut. Bila dah tak boleh access webnya hanya tinggal harapan sajalah. Kot-kot ehsan drp syarikat akan pulangkan modal sahamnya. Nak cari sapa untuk selesaikan pun tak tahu. Biar untung sedikit tetapi kekal dan selamat. Kenal pasti dan boleh mengurus risiko jika terjadi apa2 kepada syarikat yang kita labur. Contoh beli emas fizikal ! kalau syarikat bungkus atau lari, emas nya boleh dijual dimana2 asalkan tulin. Jgn sesekali beli emas kpd syarikat tetapi mereka (syarikat) yang pegang emas kita.Antara bentuk2 operasi skim cepat kaya di Internet- Beli lot saham tanpa ada apa2 perjanjian yg sah undang2 dan dapat dividen bulanan dan bonus % -Klik iklan dapat duit $ mingguan dan jual credit terkumpul.Syarikat2 ini tak daftar di Malaysia sebab target mereka nak lari bila dah dpt wang yang banyak. Pemilik syarikat juga semuanya rekaan dan berselindung disebalik alasan2 yg kartun. Bila teliti trafik laman web2 ini,  lebih separuh dtg dari orang tempatan shj yg layari. Tiadapun drp US ataupun Euro.Sungguh sangat meragukan.Maka tagline mrk: HIGH RISK, HIGH RETURN..memang kena bersedia untuk rugi..lol

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my