Umar Abdul Aziz

Oleh al_faruq
31-Jul-2002 09:45
Assalamu'alaikum saudara2ku sekalian....
Satu kisah manusia hebat....

Khalifah Umar Abd.Aziz adalah seorang khalifah yang paling zuhud, warak dan soleh selepas 4 khulafa-ur-rasyidin. Beliau memerintah negara Islam selama 2 tahun 5 bulan sahaja dan wafat pada umur 39 tahun (diracun oleh pembesar2 Bani Umaiyyah).

Suatu hari Khalifah Umar Abd.Aziz teringin memakan buah epal, tetapi tidak mempunyai wang utk.membelinya.(semua hartanya dan harta keluarga telah beliau berikan kepada Baitumal ketika menjadi khalifah). Lalu ada seseorang dari kaum keluarganya menghadiahkan buah epal dan
dihidangkan kepada Khalifah Umar oleh Amru bin Muhajir.

Tiba-tiba beliau(Umar) berkata :"Alangkah wangi dan bagusnya epal ini. Wahai ghulam(pembantu rumah) angkat epal ini dan pulangkan kepada orang yg. membawanya. Sampaikan salam kepadanya, sesungguhnya hadiahnya telah sampai kepada ku(Umar) ketika aku sudah tiada selera utk.makan epal".

Amru bin Muhajir tahu bahawa Khalifah bertindak demikian kerana waraknya. "Wahai Amirul Mukminin! Dia adalah sepupumu dan masih ahli keluargamu, sedang engkau telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. mahu menerima hadiah," kata Amru.

"Celaka engkau, sesungguhnya hadiah itu bagi Rasulullah s.a.w. memang hadiah. Akan tetapi hadiah pada hari ini bagi kami adalah merupakan rasuah," kata Khalifah Umar.
- Yang paling saya takut atas umat ini ialah orang munafiq yang berilmu - Umar Al Khattab -

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my