FATWA 1978- PENYEBAR SURAT BERANTAI MURTAD

Oleh Sakura
04-Jul-2003 22:25
Asalamualaikum,

Saya tak pasti , article ni telah pernah dibincangkan disini atau tidak.....kalau dah, abaikan je yer....


FATWA 1978: PENYEBAR 'SURAT BERANTAI' MURTAD


Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh
paderi-paderi
biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk
mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father
Francis
Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan
Arab-Syria
(bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah
bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali
sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino
Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam
usia
54 tahun.


Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Qurasyi, penjaga
maka m Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967 hingga 1979, tidak ada
penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga
makam
di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi
Al-Qurasyi
(1881 meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil
Al-
Hashimi Al-Qurasyi (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim
Mutawwi Al-Hashimi Al-Qurasyi (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
Sayyed
Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi
(1967-
meninggal dunia 1979).


Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat
dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada
tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini
kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum
beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daer ah Kinta meminta beliau mengucap
semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).


Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini
adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia
bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun
dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam
mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum
Sultan Idris Shah, Perak.


Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam
menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra)
serta
mempermainkan Rasulullah S.A.W. s erta menyebar dengan n iat tidak baik
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana
menggambarkan
SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".


Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil
8,
surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak
sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka
taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika
seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke
atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak
sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan
murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".

wassalam

P.s: Saya tak pasti ini adakah betul atau hanya satu pandangan yang ekstrim, so bagi sesapa yang arif lagi bijaksana tu, sila la berikan pandangan dengan merujuk pada rujukan yang tepat jugak. Sebab sya tak berani bab-bab MURTAD ni, tapi nasib baik la, so far saya tak pernah forward kalau dapat surat berantai tu....memang saya tak caya.
wasalam
“Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku, semuanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam”

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my