ibuku sayanggg...

Oleh imran hakeem
23-Jul-2003 11:24
bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Buat renungan seketika:

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita;
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita;
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon;
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya;
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah;
Kita membalas budinya dengan menjerit,
\" SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH\"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,membawa kita
shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll;
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,setiap kali Ibu menghantar kita

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bolasepak;
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak
menonton TV;
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar
dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang
sopan;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada \"TASTE\"

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja
sehari suntuk;
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira;
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam,kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke
hostel;
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat
kawan-kawan

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada
boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata---
\" Ibu ni kepohlah!!\"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata,
\" saya tak mahu jadi macam ibu!!\"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru;
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata,
\" Zaman sekarang lain Ibu..!!!!\"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri
di kampung;
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata-
\" saya sibuk!!!!\"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang;
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah
apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera

Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita
sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat!!!!!!!!!!
Selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah beliau dan jika Ibu sudah meninggal dunia, kenanglah jasa beliau dan sedekah al-fatihah setiap kali
lepas solat - kan nak jadi anak soleh.

c&p
persahabatan yg tercipta atas dasar sederhana dan ikhlas mendorong kita menilai erti sebenar perhubungan sesama manusia

Sent to mailing list : 7/23/2003 8:03:33 PM

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my