FITRAH MENJADI FITNAH

Oleh 16411
29-Jul-2003 13:17
>>>Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa
>>>ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa
>>>berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi
>>>risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.
>>>
>>>Sekarang nikmatilah tazkirah ini.
>>>
>>>
>>>Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
>>>memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
>>>ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
>>>dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
>>>jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
>>>tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
>>>secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
>>>menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa
>>>cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin
>>>hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta
>>>terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
>>>ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
>>>FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
>>>mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
>>>
>>>Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
>>>
>>> Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah
>>>inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
>>>melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa
>>>peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan
>>>cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam
>>>kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan
>>>sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.
>>>Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg
>>>membelakangkan Tuhan!
>>>Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
>>>syariat.
>>>Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
>>>kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona
>>>cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan
>>>kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
>>>Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
>>>meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta
>>>dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
>>>sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
>>>dicintainya.
>>>Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
>>>dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
>>>dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita
>>>agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
>>>diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
>>>pemberinya?
>>>
>>>Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.
>>>Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
>>>antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
>>>dengan rasa manis dan megah.
>>>
>>>Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan
>>>antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim.
>>>
>>>Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan
>>>Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan
>>>adalah pihak ketiga.
>>>
>>>Lebih dari itu pun banyak berlaku.
>>>
>>> Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa
>>>yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon
>>>cinta terlarang pun berbuah.
>>>Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan
>>>pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
>>>mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.
>>>
>>> Ketika itu indahkah cinta?
>>>
>>>Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan
>>>raya.
>>>Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi
>>>pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa
>>>itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah
>>>cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
>>>kawalan.
>>>
>>>Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
>>>
>>>Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
>>>Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana
>>>mengharapkan keredhaan ALLAH.
>>>ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
>>>boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
>>>
>>> Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
>>>memudahkan kita mencintai ALLAH.
>>>
>>>Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
>>>diniatkan untuk ALLAH!.
>>>
>>>Soalnya bagaimana?
>>>Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
>>>memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
>>>agamanya.
>>>
>>>Sabda Rasulullah saw,
>>>"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
>>>tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .
>>>
>>>
>>>Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
>>>dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
>>>soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
>>>melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
>>>perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
>>>dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
>>>sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat
>>>beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.
>>>Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk
>>>lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar
>>>untuk
>>>bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat
>>>dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan
>>>syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
>>>bukan kerana ALLAH.
>>>Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa
>>>kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta
>>>jenis ini seburuk namanya
>>>- Cinta Monyet!
>>>
>>>
>>>Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
>>>hukum ALLAH yang dilanggar.
>>>
>>>Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
>>>tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang,
>>>puasa dan lain-lain.
>>>
>>>Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
>>>melalaikan dan merugikan.
>>>
>>>Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,
>>>
>>>" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
>>>maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
>>>tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
>>>
>>>
>>>Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.
>>>Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
>>>kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka
>>>baja ini. Justeru banyaklah cinta
>>>yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang
>>>putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
>>>Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya
>>>buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.
>>>
>>> Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti
>>>akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
>>>seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
>>>itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan
>>>isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama
>>>yang melahirkan cinta!
>>>
>>>
>>>Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
>>>
>>>Majalah anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).
>>>
>>>Moga bermanfaat....wassalam
>>>
>>>fi amanillah.null>>>FITRAH MENJADI FITNAH

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my