HUKUM MENGERJAKAN HAJI

Oleh Maeil®
05-Aug-2003 18:01
Ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukumnya wajib ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, sekali dalam seumur hidup berdasarkan dalil yang terdapat di dalam Al-Quran , As-Sunnah dan Ijma’ Ummah.



i) Dalil dari Al-Quran :

Firman Allah Taala :

Maksudnya : Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.

[Surah Ali-Imran : 197]

ii) Dalil dari As-Sunnah :

Sabda Rasulullah SAW.:

Maksudnya : Islam dibina di atas lima perkara, Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Mengerjakan haji, Berpuasa di bulan Ramadhan.

Ibadat haji hanya difardhukan sekali sahaja seumur hidup bagi setiap muslim. Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW. kepada Al-Aqra’ bin Habas apabila ditanya adakah haji itu setiap tahun atau hanya sekali sahaja? Lalu baginda menjawab : hanya sekali sahaja, dan barangsiapa yang menambahnya, maka itu menjadi sunat.

http://maeil.0catch.com

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my