Menyebarkan Islam Di Kalangan Rakan Bukan Islam X

Oleh Itaarissa
05-Aug-2003 18:34
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera pada warga ..
Saya merenung kakak yang berbangsa India dengan tenungan kesedihan.
Matanya
buta tetapi telah menganut Islam semenjak di sekolah menengah lagi.

Tergagap-gagap saya nak tanya "Maaf kakak, nak tanya sikit
berkenaan..." kata-
kata itu tidak habis diungkapkan.

"Berkenaan dengan mata kakak ini" sampuknya

Dengan nada yang sayu beliau menceritakan semasa kecil dulu, beliau
tolong
hidupkan api dapur. Habuk masuk dalam matanya dan beliau terus dihantar
ke
hospital. Tanpa disedari, si doktor telah salah menitikkan ubat.
Akibatnya
keesokan harinya, matanya tidak boleh dibuka dan disahkan buta
kemudiannya.
Mungkin beliau berasal dari keluarga miskin, tidak mampu nak buat
apa-apa.

Air mataku meleleh mendengar kisah sedihnya. Lantas beliau menceritakan
tatkala
di sekolah cacat, beliau sering menemani rakannya yang muslim untuk ke
surau.
Beliau sering mendengar laungan azan dan bunyi orang mengaji. Allah
Maha
Mengetahui isi hati hambaNya ini. Beliau mendapat hidayah lantas
memeluk Islam.

Yang lebih menyedihkan hati ini ialah peristiwa yang berlaku setelah
keluarganya tahu beliau dah masuk Islam. Beliau di pukul dan herdik dan
nyaris
dibunuh dengan parang jika tidak diselamatkan oleh jiran. Beliau telah
dibuang
oleh keluarganya. Mereka telah menerimanya baru beberapa tahun yang
lepas ..
Hati ini sedih mengenangkan betapa senangnya kita berbanding dengan
beliau.
Kita telah Islam semenjak dilahirkan dan dilahirkan dalam keluarga
muslim.
Namun kadangkala kita tidak menghargai Islam yang kita anuti ini.

Beliau berkahwin dengan lelaki yang juga buta. Tetapi Alhamdulillah
kesemua
anaknya tidak ada yang buta. Pernah di satu ketika, tatkala suami
beliau hampir
dibuang kerja, kesempitan kewangan melanda keluarganya, beliau berkata
- kata-
katanya itulah yang membuat saya sayup hati: "Bersabarlah bang!! Allah
akan
membuka pintu rezekiNya nanti! Kan Allah itu Pemberi rezeki" Begitu
teguh
pegangan Islamnya.

Sekarang ini, suaminya bertugas di UTM, Alhamdulillah. Walaupun buta,
tetapi
hatinya terang. Ini merupakan salah satu pertemuan di antara kami dari
ROSE
(Ray of Serenity) dan beberapa orang rakan yang telah memeluk Islam.
Moga
coretan ini menyedarkan kita yang celik ini agar berpegang teguh dengan
Islam
dan menghargai kurniaan pandangan mata yang Allah telah berikan kepada
kita
semua semenjak kecil lagi dan yang paling besar ialah nikmat Islam yang
ada
pada diri kita ini. Jangan kita tinggalkan rakan kita yang bukan Islam
walaupun
mereka itu cacat.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham -ahisham@fkm.utm.my

P/S:BUTA MATA

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu
Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa
Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jd orang simpati yang membawa

Tapi jika buta hati menderita
Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur...tidak diukur dgn masa
Tidak ada kawan yang dapat membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman yang menunjuk kita

Tidak ada yang pasti menolong kita
Dalam kegelapan menuju ke neraka
Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti









 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my