Sesedap Roti Canai kah Kita?

Oleh Itaarissa
06-Aug-2003 14:47
SEMBANG HJ SEMAN III

Langkah Haji Seman semakin cepat sebaik saja warung mamak Kooty terlihat olehnya. Memang dia dah lapar benar. Waktu keluar pagi tadi dia cuma minum teh sahaja.

Pelawaan isterinya, Hajjah Sakinah, untuk makan sarapan pagi ditolaknya. "Saya nak makan roti canai kat warung si Kooty tu," katanya. "Dah lama tak makan kat situ."

Beberapa anak-anak kampung sedang bersembang diwarung mamak Kooty itu. termasuk Sarjan Khamis, jiran Haji Seman yang bertugas sebagai polis. Dia sedang berbual dengan seorang yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh," Haji Seman memberi salam.

Semua yang ada menyambut baik salaman dari Haji Seman. Terutama Sarjan Khamis yang kelihatan agak terkejut dengan kehadiran Haji
Seman. Memang dari tadi dia sedang khusuk berbual dengan temannya sehingga tidak sedar tentang kedatangan Haji Seman.

"Dari rumah ke, Pak Man?" tanya Sarjan Khamis.

"Takde. Dari pekan. Ambik duit pencen kat bank," jawab Haji Seman.

"Wah, kalau saya tau tadi saya tunggu sampai Pak Man datang. Boleh saya rasa duit pencen Pak Man," senda Sarjan Khamis.

"Eh...insyallah. Mintak jer le," pak Man mempelawa sambil berpaling kearah Iskandar, pembantu mamak Kooty yang sedang sibuk menebar roti
canai. "Kandar...bagi aku roti kosong 1. Teh tarik satu." Kemudian berpaling pada Sarjan Khamis. "Roti canai, Sarjan? Minum?" dia
mempelawa.

"Terima kasih le, Pak Man," Sarjan Khamis menolak. "Dah ada ni."

"Eh...orang dah pelawa nolak pulak," Haji Seman separoh mengejek. "Ha..teman awak ni camne?"

"Oh...ini sepupu saya. Jalil nama dia," kata Sarjan Khamis. "Duduk sini , Pak Man." Sarjan Khamis mengisyaratkan pada sebuah bangku. Haji Seman pun duduk bersebelahan dengannya sambil menyambut salaman dari Jalil.

"Apa kabar, che Jalil? Tak penah pun nampak kat sini," Haji Seman menegur.

"Memang saya jarang kesini," kata Jalil.

Sarjan Khamis cepat pula menyampuk. "Dia ni, Pak Man, kalau tak susah memang tak jumpa."

"Apa pulak susahnya, che Jalil?" tanya Haji Seman.

"Ha...orang dah pelawa tu, Lil. Apa lagi cakap jer le. Untung-untung dapat satu nasihat yang berguna. Aku pun leh ikut tumpang," Sarjan
Khamis berkata, memberi dorongan pada sepupunya. Dia telah maklum akan perangai Haji Seman. Malah Haji Semanlah tempat dia meminta
nasihat pada waktu-waktu dia sendiri kebuntuan.

"Eh...baru jer kenal dah nak luahkan segalanya. Malu lak saya," Jalil cuba berdalih.

"Saya faham le," kata Haji Seman. "Begini jer le. Tak payah cerita. Sebenarnya makhluk Allah ni tak pernah sunyi dari masaalah. Bak kata pepatah, bumi mana yang tak ditimpa hujan. Tapi sebaliknya lak, masaalah tu sebenarnya untuk menguji kita. Ha...awak cuba tengok si Kooty tu," Haji Seman mengarahkan ibu jarinya kearah mamak Kooty yang sedang menguli tepung. "Bukan si Kooty yang aku maksudkan. Tapi tepung yang diulinya tu. Tak ke kesian tengok tepung tu dipulas. Dihempas. Dihenyak. Ditenyeh."

"Tapi kenapa lak tepung tu diperlakukan camtu? Hasilnya awak tengok apa yang dibuat oleh Iskandar tu," Haji Seman mengarahkan pula
kapada Iskandar yang sedang menebar tepung untuk dijadikan roti canai. "Cuba awak lihat camne tepung tu tak koyak pun walaupun ditarik sampai tipis camtu."

"Akhir sekali dilipat dan digoreng. Maka jadi le dia roti canai yang menjadi makanan kita yang sedap."

"Begitu le dengan manusia. Allah menguji kita dengan kebijaksanaanNya. Di akhir ujian ini kita akan menjadi saperti tepung yang tak akan koyak walaupun ditarik sampai tipis. Dan akhir sekali kita akan menjadi contoh kapada masyarakat. Itu le matlamat Nya."

"Cuba awak bayangkan boleh ke tepung ni menjadi roti canai yang sedap kalau tak di uli? Dan boleh ke seseorang tu menjadi contoh masyarakat kalau dia tidak diuji?"

Sekian. Wassalam.

P/S: Bahan asal:Ademit-Relexjap

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my