Renungan di Pagi Jumaat

Oleh Mohd Hamzah
08-Aug-2003 15:02
Dunia Pinjaman yang harus dikembalikan

1- Kejahatan itu semuanya dikumpulkan di sebuah rumah sedangkan kuncinya ialah cinta kepada dunia dan kebaikan juga dikumpulkan di sebuah rumah sedangkan kuncinya ada zuhud kepada Allah swt.

2- Dengan memerhatikan alam semesta, fitrah dan akal manusia mengatakan sesungguhnya Pencipta Alam Maha Bijaksana telah menciptakan alam ini tidaklah sia-sia.

3- Orang-orang tidak beriman memandang alam ini dengan sebelah mata, sedangkan bagi orang yang beriman memandangnya dengan dua mata iaitu mata kasar dan mata hati. Dengan pandangan batin inilah orang tidak mahu berbuat kejahatan walaupun tiada orang yang melihatnya dan kerana itu pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya.

******************************************

Firman Allah swt
"Sesungguhnya manusia itu suka bertindak melampau batas, disebabkan ia mendapati dirinya serba cukup".

Hadith
Seseorang telah bertanya Rasulullah, " Apakah sifat muslim yang paling baik?" Baginda menjawab, "Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya".
Do the right thing at the right time and the right place.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my