WANITA TANAH ANGIN AIR

Oleh mawardesa
08-Aug-2003 15:04

Yang mana menggambarkan diri anda atau saudara wanita anda atau teman wanita anda atau kekasih anda atau isteri anda?

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei),Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehenda dalaman dari segi emosi dan material.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita tanah harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambangGemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24 September-23 Oktober) danAquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.

*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.

*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiakCancer(22Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my