rahsia...4

Oleh azr
15-Aug-2003 18:59
assalamualaikum wbr.
Petang2 Jumaat ni sayu hati terkenangkan nasib diri esok bila keseorangan dlm kubur.(Dah tu hujan masih tak berenti..saspen juga, buatnya kejap lagi dijemput oleh Malaikat Izrail...)
1)Amalan nak bahagia di alam barzakh!

Rasulullah SAW pernah bersabda, Barangsiapa yg mahu menghindarkan dirinya drpd siksa kubur dan menerangi kuburnya yg gelap gelita, maka bacalah olehmu Surah AlMulk setiap kali sebelum tidur.(Cuba hafal ayat ni sepenuhnya tuan2).

Pernah sekali sekumpulan sahabat(maafkan ana pasal terlupa siapakah sahabat tersebut) berkhemah di bawah satu pohon tamar, tanpa mereka menyedari bhw dibawah khemah mrk ada satu kubur. Duduk di atas kubur ni hukumnya haram, tapi disbbkan tiada sebrg tanda yg menyatakan tempat itu kubur, para sahabat telah mendirikan khemah di atas kubur di bawah pohon tamar.

Nak dijadikan crita tuan2, sedang mereka berehat melepaskan lelah, tetiba terdengar oleh mereka seseorg sedang membacakan AlQuran padahal tiada di kalangan sahabat yg tengah mengaji Quran masa tu. Dgn berbekalkan kehairanan yg teramat sangat, para sahabat mencari dari mana suara yg membaca AlQuran tersbt. Setelah diteliti, tahulah mereka bahawa suara tersbt datangnya dari dlm tanah dan surah yg sedang dibaca adalah surah AlMulk. Barulah mereka tahu bhw mereka sedang duduk di atas kubur. Tanpa melengahkan masa, mrk semua beredar dari tpt tu dgn penuh tanda tanya.

Sesampainya di Madinah, mereka menemui Rasulullah SAW dan mencritakan peristiwa tersebut.
Rasulullah SAW bersabda, Itulah Surah AlMulk yg menemani para pembacanya yg istiqamah semasa hidup di dunia dan sesungguhnya surah AlMulk itu akan menemani pengamalnya sehingga ke hari Qiamat dan sesungguhnya surah ni akan meminta syafaat buat pengamalnya semasa di hari Akhirat.
MasyaALLAH!

Dan Rasulullah SAW sendiri akan membaca Surah Yaasin, Surah AlMulk, Surah AlDukhon, Ayat Kursi dan tiga QUL sebelum tidur. Itu Rasulullah SAW yg maksum, suci dari sebarang dosa...aku ni yg mengaku umat Rasulullah SAW....alahai...


ps; aku tertanya tanya sendirian, apakah akan dijemput untuk minum air dari telaga Kautsar mu di saat huru hara MAHSYAR nanti..apakah para Malaikat akan menghalauku dari menikmati seteguk air telagamu wahai Rasulullah SAW, lantaran dosa yg sarat....huwaa...

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my