Tebus dosa dengan ikan bilis..

Oleh mawardesa
12-Sep-2003 15:01
Cerita yang nak saya sampaikan ini adalah cerita yang dipetik dari Akhbar Perdana yang diceritakan oleh yang berbahagia Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz..Diharap cerita ni menjadi iktibar untuk kita semua.

Menurut Ustaz Hassan,lelaki berkenaan mengakui insaf dgn kesilapanya setelah diberitahu tentang pembantu rumah mereka yg daif hingga sanggup mengumpul kepala ikan bilis untuk dijadikan lauk.Sebelum ni lelaki tu mengaku hidupnya bergelumang dgn maksiat.Arak dan perempuan jadi mainan harian,apatah lagi bila soal duit langsung tak menjadi masalah padanye. Tapi bila dengar cerita tentang kedaifan hidup pembantu rumahnye itu,dia seolah-olah insaf.

Menurut isterinya,dia pada mulanya berasa hairan bila setiap kali pembantu rumahnya memasakkan lauk ikan bilis untuk mereka sekeluarga, pasti kepala ikan bilis itu tiada. Menurutnya puas si isteri mencari dimana gadis tu membuang kepala kepala ikan bilis tersebut,namun tidak dijumpai.

Hinggalah suatu hari,dia terjumpa satu plastik mengandungi kepala ikan bilis yg tersorok dalam almari di dapurnya.Gadis itu mengaku dia yang mengumpul kepala ikan bilis tu.

Katanye lagi, keluarganye susah, tak mampu beli lauk lain, sebab itu setiap kali memasak lauk ikan bilis ,dia kumpul bahagian kepalanya.Bila sudah banyak,kepala ikan bilis itu dibawa balik untuk dijadikan lauk. Bila diceritakan kepada lelaki tu, dia terdiam seribu bahasa. Tapi tidak lame selepas tu, lelaki berkenaan membawa keluarganye berpindah ke ibu kota tanpa diketahui sebabnya.

Sejak itu sikapnya berubah. Dari seorang kaki pompuan dan kaki botol, dia menjadi seorang yg begitu pemurah, malah dia juga tidak ketinggalan mengerjakan haji ke Tanah Suci.

Menurutnya,lelaki berkenaan juga telah menubuhkan satu kelas pengajian agama khusus untuk kakitangan jabatannya.

Bagaimanapun ,beberapa tahun selepas tu, lelaki tu tiba2 jatuh sakit dan dirawat di hospital selama beberape minggu. Menurut doktor dia hidap kanser. Doktor mengatakan dia takde harapan lagi. Ustaz Hassan sendiri yg memangku kepalanya untuk mengajarnya mengucap dan menyebut kalimah Allah. Lelaki tersebut ade berpesan kepada Ustaz Hassan agar meneruskan kelas yg dikendalikan olehnya dan meminta agar dapat membimbing anak2nya agar menjadi insan yg berjaya. Akhirnya lelaki tersebut meninggal dunia. Kata Ustaz Hassan"dia pergi dengan tenang.Lembut saje nafasnye habis.

Saya yang menyaksikan peristiwa itu terkedu kerana begitu mudah dia menghembuskan nafas terakhir, malah doctor sendiri terkejut bila lelaki berkenaan yang sebelum itu begitu nazak, masih mampu berkata-kata. Alhamdulilah lelaki itu meninggal dengan cara yang baik hasil dari ibadatnya selama ini. Bukan sikit2 amal jariah yang ditaburkanye untuk masyarakat.Walaupun suatu ketika dahulua , dia juga pernah membuat kesilapan, namun Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang, asalkan kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh, Insya-Allah, kita menjadi hamba yang disanyai-Nya"kata Ustaz Hassan.

Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa itu, sebanyak mana pun dosa kita selagi nyawa belum sampai ke halkum, selagi itu taubat kita masih diterima Allah. Bukan seperti orang yang terang2 melakukan dosa tapi masih leka dan lalai seperti tiada melakukan ape2 dosa, mereka mengatakan hidup hanyalah sekali, tapi kerana hidup ini hanyalah sekali lah sebabnya kita kena guna sebaik-baikya untuk kehidupan yang sebenarnya dia alam lain selepas didunia ini.

Sedangkan nabi kita yang maksum pun bertaubat,beristigfar 100 kali sehari, sedangkan kita insan yang biasa yang tak penah terlepas dari melakukan dosa masih lalai dan lupa kepada-Nya. Marilah kita renung seketika diri kita..agar mendapat hidayah dari Allah s.w.t.....Amin.

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my