Risalah Fikir (269) Gabungan Dosa Kita Dan Kema'afan Drp Allooh Swt

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51

Sa'iid bin Tha'labah Al-Warrooq roh.a. telah berkata (mafhuumnya) :

Tatkala daku sedang berada pada suatu malam bersama seorang lelaki daripadakalangan 'aabidiin ('abid2 atau ahli2 'ibaadah)di pantai Siiroof, maka mulalahlelaki itu menangis . Dan lelaki itu terus menangis tidak berhenti-hentisehingga kami takut (kalau2) sampai terbit fajar. Dan lelaki itu telah tidakberkata sesuatu (kecuali terus menangis). (Bagaimana pun) kemudiannya lelaki itupun berkata (berdo'a / merayu):

JURMII 'AZIIMUN, WA 'AFWUKA KATHIIRUN ! FAJMA' BAINA JURMII WA 'AFWIKA YAAKARIIM !!! [pengertiannya kira2 : DOSAKU ADALAH BESAR DAN KEMA'AFANMU ADALAHBANYAK ! MAKA SATUKANLAH (HIMPUNKANLAH / GABUNGKANLAH) DI ANTARA DOSAKU DANKEMA'AFANMU WAHAI YG MAHA KARIIM !!!].

Terang (Sa'iid roh.a. lagi) : Maka saling berteriakanlah orangramai daripadasetiap arah.

Begitulah terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al- 'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, halaman 370.

Beberapa perkara...

[1] Ternyata hati si lelaki itu begitu lembut, penuh takut kepada Allooh swt,sehinggakan bisa menangis begitu sekali.... [2] Satu ungkapan sahaja drp lelakiitu sudah bisa menyebabkan baki2 manusia ramai yg lain turut menangis salingberteriakan.... [3] Bagi kita , untuk mengeluarkan setitik air mata dik takutkepada Allooh swt, belum tentu boleh lagi dalam sepanjang hayat, kerana hatiterlalu keras dik kehitaman dosa2. Dan kalau pun ada seseorang mengeluarkanberibu2 ungkapan pun mungkin juga kita masih tidak bisa menangis. Tapi, sungguhmena'jubkan, para pendengar dari segala arah bisa menangis bila mendengarungkapan lelaki itu.... betapa lembut hati2 mereka itu. [4]Gabungan antara dosakita dan kema'afan drp Allooh swt adalah menjadi matluub kita... Lantaran itumari kita suburkan dgn penuh penghayatan akan do'a si 'abid lelaki di atas !

JURMII 'AZIIMUN, WA 'AFWUKA KATHIIRUN ! FAJMA' BAINA JURMII WA 'AFWIKA YAAKARIIM !!!

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] SAAHIL : pantai, kj: SAWAAHIL. [2] SAAHILIYY, SAWAAHILIYY : mengenaipantai. [3] ASAAHIL, MAJAARIIL-MAA` : aliran air. [4] SIIROOF adalah sebuahbandar yg besar yg jauhnya drp Basroh adalah perjalanan selama 7 hari, dan ianyaterletak di sebuah pantai di Laut Parsi sana. [5] JURM / JURMUN, JAROM : dosa,kesalahan,kj: JURUUM,AJROOM. [6] LAA JAROMA: tidak boleh tidak, pasti,sudahtentu, LAA JURMA. [7] NAAHIYAH, JAANIB : sisi, segi, arah , kj : NAWAAH, ANHAA`

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my