Renungan bersama

Oleh Wan Nurdiana
19-Mar-2004 11:06
Sebuah karya yg sesuai utk semua..
bagi yg bujang, boleh mengambil I'tibar..

bagi yg belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yg berkeluarga,
perlu mengajar..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk suami.. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah ;
tidaklah setaqwa Aisyah ;
pun tidak setabah Fatimah ;
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama ;
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya ;
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya ;
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya ;
Isteri adalah murid kamu mursyidnya ;
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya ;
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya ;
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya......
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.....
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa......
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana......
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah......
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk isteri pula...renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?..
Tidaklah setaqwa Ibrahim ;
Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa..
apalagi setampan Yusuf......
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang
punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban......
bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya ;
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya ;
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya ;
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya ;
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya ;
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan
kita perlunya iman dan taqwa......
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt......
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana......
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga ;
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ;
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri......
jangan menuntut terlalu tinggi......
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia
Rasulullah......
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus
Zulaikha......
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar
dan Sarah..










null

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my