Risalah Fikir (260) Melihat Wajah Setiap Hari Takut2 Bertambah Gelap…

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51

Telah berkata Al-Junaid roh.a. : Aku telah mendengar Sariyy roh.a. berkata (mafhuumnya): "SESUNGUHNYA DAKU PASTILAH MELIHAT KEPADA HIDUNGKU SETIAP HARI DUA KALIKERANA TAKUT KALAU-KALAU ADALAH SESUNGGUHNYA WAJAHKU TELAH MENJADI HITAM / GELAP".

Begitulah petikan (terjemahan kasar) drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-`Aalim Jamaaluddin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman376. Hidung adalah sebahagian drp wajah.

Memang cahaya keruhanian akan jelas kelihatan pada wajah-wajah mereka yangdekat dengan Allooh swt. Cahaya keruhanian itu adalah sebagai tempias ataugambaran daripada penerimaan Allooh swt terhadap amalan2 mereka yg bertuah itu.Sebaliknya pula, bagi mereka yang sentiasa bergelimang dgn dosa2 dan ma'siat,tentulah cahaya keruhanian itu akan pudar sepudar2nya.

Bagi mereka yg telah berpeluang (diberi taufiiq oleh Allooh swt) bertemusecara peribadi dengan mereka yg dekat dengan Allooh swt itu , tentulah dapatmenilai sendiri akan betapa nur keruhanian itu terpancar dari wajah2 mereka itu.Orang yg seperti kita ini (terutamanya ana sendirilah) yang penuh dgn dosa2zohir dan batin tentu akan merasa tersangat malu bila (diberi peluang) bertemudengan mereka itu dan kita akan tertunduk dik kehebatan ruhani yangdianugerahkan Allooh swt kepada mereka . Wajah –wajah kita yg penuh kegelapandan kehitaman pekat ini tak sanggup untuk berdepan secara terus dengan wajah2yang penuh nur lagi diberkati itu. Malah Para Sahabat r.a. sendiri merasa akankehebatan nurani dan keruhanian Baginda saw bila mereka duduk bersama2 Bagindasaw, sampai2 ada yang `asyik tunduk sahaja bila berdepan dgn Baginda sawlantaran kerana malu dan merasakan kehebatan Baginda saw.

Kembali kepada amalan harian Sariyy Saqtiyy roh.a……..iaitu melihathidungnya 2 kali sehari …..takut kalau2 wajahnya berubah menjadi hitam dikdosa2 yg dilakukan pada hari itu !!

Kita pula, bagaimnana ? Cermin memang banyak kat rumah….. Ada check hari2ke nur ruhani pada wajah kita (atau sebaliknya iaitu wajah kita yg gelaplantaran dosa2 yg berterusan …) ? Yg pasti, makin sehari semakin bertambahgelap wajah kita !! Atau pun kita tidak check ? Atau kalau check pun tak nampakjuga ? Kerana suluhan hati dah memang gelap ? Gelap dalam gelap memanglah taknampak kan ? Atau pun memang kita tidak berminat untuk buat semakan ini ? Ataupun kita hanya memadai dgn melihat/menyemak hidung juga kot (tapi lagi taknampak kot) ?

Atau apa kata antum ?

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar… Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

Masuka :

[1] ISWADDA / SAWIDA : manjadi hitam. [2] ISWADDA WAJHII : wajahku telahmenjadi hitam (gelap).

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my