Alasan BI cuba tutup peluang Melayu

Oleh osama_laden
11-May-2004 21:48

ni ana amik dari petikan paper hari nih..ada manfaat jugak kan..

Alasan pengangguran siswazah Melayu yang selalu dikeluarkan oleh pemimpin kita adalah kelemahan berbahasa Inggeris dan kekurangan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tetapi bagi saya, pemimpin yang berkata begitu adalah pemimpin yang hanya dengar cakap orang dan jarang turun padang.

Saya ingin nyatakan pengalaman saya dan rakan-rakan semasa proses pencarian kerja sejurus tamat pengajian di dalam dan di luar negara.

Saya telah duduk di kalangan bangsa asing sejak berumur 19 tahun. Saya menimba ilmu dengan dikelilingi bangsa lain begitu juga dengan rakan-rakan saya. Jadi bahasa pengantar kami adalah bahasa Inggeris.

Jarang saya jumpa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama sekali yang datang dari bandar-bandar besar lemah berbahasa Inggeris kecuali yang datang dari pedalaman. Kalau nak diikutkan purata pelajar IPT yang betul-betul datang dari pedalaman amat sedikit sekali bilangannya. Di manakah silapnya orang Melayu kita?

Hampir setiap hari di dada surat khabar kita dihamburkan dengan kritikan-kritikan yang tidak membina tentang orang Melayu. Semua yang tak bagus dilemparkan kepada orang Melayu, yang baik-baik kepada bukan Melayu. Bagi saya itu hanyalah alasan pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat.

Ketinggalan

Apa sebenarnya berlaku di Malaysia? Sebenarnya bukan kerana kelemahan bahasa Inggeris ataupun ketinggalan dari segi teknologi, tetapi kita mesti akui bahawa syarikat-syarikat besar di Malaysia kebanyakannya dikuasai oleh kaum bukan Melayu walaupun syarikat itu milik Amerika Syarikat (AS) ataupun Eropah.

Mereka telah memegang jawatan penting di syarikat itu dan mempunyai agenda tersendiri. Mereka menggunakan pelbagai cara supaya orang Melayu dilihat sebagai lemah. Mereka menggunakan alasan bahasa Inggeris sedangkan apabila membuat iklan tercatat di situ Mandarin is an added advantage atau berkemahiran berbahasa Mandarin ataupun Kantonis.

Kalau dilihat, syarikat-syarikat tersebut adalah dari AS ataupun Eropah. Adakah mereka akan menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi? Sudah tentu tidak. Itu hanyalah alasan yang dibuat-buat supaya peluang orang Melayu akan tertutup dengan sendirinya. Kalau tidak percaya, belilah akhbar bahasa Inggeris dan lihat di ruangan jawatan kosong.

Untuk pengetahuan pembaca, bukan setakat belajar bersama bangsa asing tetapi saya bekerja pun bersama mereka. Saya adalah satu-satunya pegawai peringkat pertengahan di mana selebihnya adalah bukan Melayu dari peringkat saya sampai ke peringkat atasan.

Saya percaya tujuan pengambilan saya adalah untuk mencukupkan syarat supaya apabila ada pegawai-pegawai kerajaan yang hadir, saya ditolak untuk melayan mereka walaupun bidang saya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mereka. (Saya bekerja bahagian IT).

Saya telah lihat mereka bukanlah seperti yang digembar-gemburkan di dada-dada akhbar malah mereka adalah lebih teruk daripada Melayu bila berbahasa Inggeris.

Bercakap

Memang mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris mengatakan mereka sudah cukup bagus tapi bagi saya orang Melayu kita lagi bagus. Mereka hanya berani bercakap walaupun tatabahasanya tunggang terbalik. Di sini saya sertakan beberapa ayat yang selalu digunakan oleh mereka ``you calling from where?'', you want to talk to who?'' yang mana kadang-kadang menyebabkan saya ketawa besar bila mendengarnya. Inikah kaum yang perlu dicontohi oleh orang kita?

Mungkin mereka pandai dalam bidang ekonomi tapi sebenarnya mereka bukanlah pandai sangat. Mereka hanya mempunyai persatuan yang kuat di mana mereka bersatu padu dan sanggup bantu membantu.

Antara pengalaman yang saya alami sendiri apabila ingin mengambil staf di bahagian saya yang baru. Pengurus besar awal-awal memberitahu, jawatan ini adalah untuk bukan Melayu. Mereka sudah pendekkan senarai dan suruh saya menemu duga mereka, yang paling mengejutkan bos saya (yang ketika itu berada di sisi) yang selama ini mengutuk orang Melayu keluar tersipu-sipu dari bilik temu duga kerana malu apabila kaumnya sendiri bercakap bahasa Inggeris tunggang terbalik dan mempunyai ijazah dan diploma yang tidak berkualiti dari IPT swasta.

Pengalaman rakan baik saya semasa ditemu duga oleh sebuah kilang milik pelabur AS yang terkemuka di Malaysia amat menyedihkan. Walaupun fasih berbahasa Inggeris tetapi tidak juga berjaya menambat hati kaum pegawai bukan Melayu. Dia lulus ketiga-tiga peringkat yang diperlukan dan akhir sekali penemu duga tidak mempunyai cara lain selain berterus terang. Rakan saya bagaikan tidak percaya, walaupun berada di negara sendiri tetapi diberi layanan seperti rakyat asing. Akhirnya dia berjaya mendapat jawatan di salah sebuah syarikat kerajaan.

Tujuan saya menceritakan semua bukanlah untuk mengutuk pemimpin kita, tetapi janganlah lagi menggunakan alasan yang tiada langsung kebenarannya. Buat analisis di kilang-kilang, kenapa banyak orang Melayu hanya bekerja sebagai operator kenapa tidak jawatan yang berpangkat? Di manakah longgokan graduan Melayu? Adakah mereka ini benar-benar tidak berkualiti atau menjadi mangsa keadaan kerana pemimpin yang sengaja menutup sebelah mata?

- Akmal Nizam,

Kuala Lumpur.


teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg p'singgahan buatmu buat seketika.aku impikan p'singgahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my