Celanya Ujub...(1)

Oleh Sal
20-May-2004 23:22
"Cantik juga aku ni. Tambah tambah kalau pakai tudung kuning ni. Naik seri muka. Tentu tak berkelip mata mamat-mamat kat pejabat tu. Anak dah tiga tapi bergetah lagi gitu..."

Mungkin kita tidak sedar bahawa kita pernah mengeluarkan kata-kata ini. Mungkin ia terkeluar secara spontan kerana kita begitu kagum dengan diri sendiri.

Kemungkinan juga memang jauh disudut hati kita inginkan perhatian dan pujian orang lain terhadap kita. Berhati-hatilah kerana wanita memang mudah terjebak kedalam perkara fitnah. Bahayanya perkara ini kerana kita mungkin tercebur dalam penyakit ujub, sejenis penyakit hati yang tercela.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

BAHAYA UJUB

Menimbukan rasa sombong kerana ujub itu sendiri salah satu daripada pelbagai sebab kesombongan. Ekoran ujub akan menyebabkan timbul perasaan takbur, seterusnya mengalpakan seseorang kepada dosa atau menganggap dosanya sudah diampuni Allah.

Boleh menjadi buta kepada bahaya ujub itu sendiri. Dia mudah ditipu oleh diri, pendapat dan perasaan sendiri. Dia mengangap apa-apa yang dilakukan serba sempurna, agung dan hebat.

Lupa kedudukan diri sendiri, kerap memuji diri, menyanjung diri sendiri serta menganggap dirinya serba sempurna daripada kesilapan dan dosa.

Apabila ujub dengan pendapatnya sendiri, seseorang itu tidak suka lagi mencari manfaat ilmu pengetahuan kerana dia menganggap dirinya sudah pandai. Dia tidak suka berbincang dengan orang lain atau jika berbincang hanya mahu dipersetujui orang lain sahaja. Malah dia tidak suka bertanya pendapat orang lagi kerana baginya bertanya bermakna dirinya bodoh.

Orang ujub mementingkan diri sendiri, enggan memikirkan diri orang lain, berlagak pandai dan gemar memaksa orang lain mengikut kemahuannya. Jika diberikan tugas, dia gagal melaksanakan amanah itu lantas menuding jari menyalahkan orang lain diatas kegagalannya.

Kadangkala dirinya melampau batas kewarasan akal. Dia rasa tidak bersalah langsung, malah berasa bangga ketika melakukan kesalahan. Gembira mempopularkan diri sendiri, tidak senang dengan idea orang lain, tidak suka mendengar nasihat dan memandang orang lain terutama orang bawahannya sebagai orang bodoh.

(bersambung)...rawatan untuk ujub
NUR, Mei 2004

(seringkali kita merasa diri ini lebih sempurna, bijak dan mengatasi orang lain hingga menganggap diri kita sebagai "tuan besar" atau "mem besar" yang perlu dihormati selalu padahal disisi Allah kita hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa)
Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my