Risalah Fikir (064) Berebut Rebut Supaya Darajaat/pangkat Turun

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51

RF kali ini ingin menyampaikan kenyataan dan mau'izoh yg telah diberikan Abdullaah IbnuUmar r.a. (atau dikenali sebagai Ibn Umar r.a. sahaja, iaitu anak kpd Sayyidina UmarAl-Khottoob r.a.). Mungkin ramai di antara yg tidak senang dgn kenyataan beliau r.a. ini.Tetapi kita harus ingat bahawa segala petunjuk drp para shabat r.a. tidak boleh kitapertikaikan. Sesungguhnya apabila kita tidak senang dgn kenyataan dan petunjuk drp parasahabat r.a., ini bermakna di dalam hati kita ada penyakit..........

Petunjuk beliau r.a. adalah seperti berikut :

Telah mengeluarkan Abuu Nu'aim di dalam kitab Al-Hilyah (1:306) drp Ibnu Umar r.a.,katanya : " Laa yusiibu 'abdun syaian mina ad- dunyaa illaa naqoso min darajaatihii'inda Allaahi 'Azza wa Jalla wa in kaana 'alaihi kariiman (mafhumnya : Tidakmemperolehi/mencapai/mendapatkan seseorang akan sesuatu drp dunia melainkan berkuranglahdarjat-darjat/pangkat-pangkat/kedudukan-kedudukannya di sisi Allah 'Azza wa Jalla walaupun telah adalah ia atasnya sebagai mulia)".

Jadi rupa-rupanya darajaat (darjat-darjat) manusia ini di sisi Allah swt itu adalahberkadar songsang (inversely proportional) dgnjumlah/matanilai/perolehan/habuan/pendapatan dunia ini !!!!! Dengan lain perkataan,semakin banyak perolehan/habuan/pendapatan dunianya maka semakin turunlah/berkuranglahdarajaat/darjat- darjatnya di sisi Allah'Azza wa Jalla.

Jadi sesungguhnya kita sekarang ini (termasuklah saya sendiri), sama ada disedari atautidak, sedang berlumba-lumba dan berebut-rebut supaya darajaat/darjat-darjat kita semakinturun dan berkurang di sisi Allah swt..........suatu perlumbaan yg tersangat negatif danmerugikan !!!!!! Wallaahu a'lam. Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my