Ramalan Kedatangan Nabi Muhammad S A W Mengikut Agama Hindu

Oleh wanf
07-Aug-2002 18:03
1) Kitab Bhavisnya Purana

Seperti dalam agama yang lain, Hindu juga mempunyai
kitabnya yang tersendiri. Kitab Hindu ini dikenali
sebagai Vedas, Shastras, Puranas dan sebagainya. Ianya
ditulis dalam bahasa sanskrit yang mana bahasa ini
telah diterima umum sebagai bahasa yang tertua di
dunia. Didalam bahasa Sanskrit terdapat kitab yang
dikenali sebagai "Bhavisya Purana'. Ia ditulis oleh
tok guru, Maha Rishi Visayar. Didalam kitab asalnya
terkandung yang berikut:

"Milecher (orang asing) akan datang sebagai guru
agama yang baru dengan bantuan sahabat-sahabatnya.
Namanya akan dikenali sebagai Mahamat. Raja negeri ini
akan memberi pernghormatan bagi pengajarannya dan
memujinya. Dengan membersihkan dirinya di sungai
Ganges dan Panjagouyam, beliau kan berkata " Saya
dengan sepenuh hati akan mengikutmu". Dia (Mahamat"
akan suci dari segala dosa. Datang dari tanah yang
gersang (Padang Pasir). Dia adalah sangat takwa. Dia
akan menentang kuasa jahat. Dia akan mengumpulkan
pahlawan-pahlawan bagi tujuan ini. Beliau akan memberi
perlindungan walaupun kepada musuh".

Didalam petikan ini, nama "Muhammad" disebut sebagai
"Mahamat". Secara langsung ia meramalkan tentang
kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Perlu diambil
perhatian bahawa ayat ini menggunakan istilah
"Milecher" seorang asing bukan dari India dan namanya
Mahamat." Raja negeri ini" yang memberi penghormatan
kepada Nabi Muhammad merujuk kepada seorang raja India
Selatan bernama Cheraman yang mempunyai perhubungan
perniagaan dengan orang Arab dan kemudiannya memeluk
agama islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W

2) Kitab Ardava Veda

Ardava Veda adalah kitab Sanskrit yang ditulis sebelum
Bhavishnya Purana. Ia ditulis beberapa tahun sebelum
kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Didalam kitab ini,
episod (Kandam) 20 bab (sutra) ayat 127 versi (Mantra)
1,2,3 adalah seperti berikut

"Wahai manusia, dengarlah dengan penuh kepercayaan,
seorang manusia terpuji akan diwujudkan dikalangan
manusia. Kami akan memberinya perlindungan menentang
enam ribu sembilan puluh orang musuhnya. Dia dan
sahabat-sahabatnya akan datang menaiki 20 ekor unta.
Debu yang digerakkan oleh unta-unta itu akan menutupi
ufuk. Dia akan memberikan emas, kuda dan lembu sebagai
hadiah"

Seorang yang dipuji merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W
malah maksud sebenar perkataan Arab "Muhammad" ialah
"dipuji"

Musuh Nabi Muhammad S.A.W pada masanya tidak diketahui
jumlahnya tetapi diketahui musuhnya adalah beribu.

Semasa baginda dan sahabat-sahabatnya berhijrah dari
kota Mekah ke Madinah, mereka telah menaiki unta. Di
India tidak ada guru agama mengembara menaiki unta.
Maka ia tidak merujuk kepada sesiapa di India. Ia
merujuk kepada mereka yang secara adatnya mengembara
menaiki unta iaitu orang arab.

Segala emas, kuda dan lembu yang diterima nabi
Muhammad S.A.W akan beliau hadiahkan kepada orang
yang memerlukan dan orang miskin.

Oleh itu jelas petikan dari Ardava Veda meramalkan
kedatangan Nabi Muhammad S.A.W

Didalam bab lain Ardava Veda, iaitu bab 1, rangkap
10:"Allah adalah sempurna (perkataan Allah muncul
didalam teks Sanskrit yang asal). alam semulajadi ini
milikNya. Mahamat (perkataan mahamat wujud dalam teks
Sanskrit yang asal) yang mengagongkan kewujudan Tuhan,
adalah utusanNya


 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my