Risalah Fikir (261) Begitu Mudah Tergelincir Murtad

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51

Berikut adalah terjemahan kasar drp kitab Bughyatul-Mustarsyidiin, susunan As-Sayyid`Abdurrohmaan bin Muhammad bin Husain bin `Umar roh.a., semoga `ilmunya dimunafa'atibersama oleh kita semua hari ini,(beliau adalah salah seorang drp mufti Hadhromaut yangternama suatu masa dulu), halaman 248, mafhuumnya kira2 :

....ATAU SEKIRANYA DIKATAKAN KEPADANYA (YA'NII KEPADA SESEORANG): "UHDHURMAJLISAL-`ILMI !"[pengertiannya kira2 : "HADHIRLAH ATAU DATANGLAH KE MAJLIS`ILMU WAHAI SAUDARA!"]. LALU DIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA) : "MA HAADZAA BISYAI-IN !" [pengertiannya kira2 : "BUKAN ADA PUN MAJLIS TU ! " . ATAU LALUDIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA) : "QOS'ATU MIN THARIIDIN KHOIRUN MINAL-`ILMI !"[pengertiannya kira2 : "SEMANGKUK THARIID ITU LEBIH BAIK DARIPADA `ILMU ! "],MAKA KETIKA ITU BERLAKULAH KE ATASNYA (IAITU KE ATAS SI YANG MENJAWAB TADI) HUKUM-HUKUMMURTADDIIN ( HUKUM-HUKUM ORANG YG MURTAD / AHKAAMUL- MURTADDIIN) YANG (TERDIRI) DARIPADAISTITAABAH DAN LAIN-LAINYA.

Begitulah kira2 terjemahan kasarnya. Kepada yg bisa berbahsa `Arab, diharapkan langsungmeruju' kepada kitab berkenaan.

Ya, begitu mudah tergelincir ke dalam kancah kemurtadan ! (Na'uudzubillaahi min dzaalik!) Dengan sedikit jawapan sahaja bila diseru atau diajak untuk menghadhiri majlis `ilmu,sudah bisa jatuh ke dalam kancah murtad....! Lantaran itu bila kita diseru atau diajakkepada sesuatu kebaikan, janganlah kita menunjukkan sifat yang tidak sewajarnya,dikhuatiri dengan sepatah dua jawapan kita itu akan membawa padah ! Dan kadangkalamengambil sikap diam itu lebih selamat daripada menjawab, apa lagi kalau kita menafikankebaikan yang diajaknya itu ! Lantaran itu, si yang mengajak (ya'nii penda'wah, penyeru,muballigh, pemidato, penceramah, mubayyin, mutakallim, penjemput,penasihat,penyampai,....,dsbnya) tersangatlah perlu berhati-hati agar si yang diseru atausi yg diajak atau si yang mendengar atau si yg dinasihati itu atau si yg dijemput itu(dsbnya) tidak terjerumus ke dalam kancah kebinasaan tersebut. Ini bukanlah berma'nateguran dan nasihat tidak perlu diberikan, tugas ini mesti dilakukan, tinggal lagiberushalah sebaik mungkin agar pihak yg kena seru atau kena ajak atau yg kena dinasihati(dsbnya) itu tidak terjerumus.

[Peringatan Khas : Sehubungan dengan perkara ini ana ada sedikit pandangan / nasihat /peringatan khas buat saudara2 kita dalam Jamaa'ah Tabliigh (atau mana2 jamaa'ah / individupun jika berkenaan, dan sudah tentulah buat diri ana juga terutamanya). Terutamanya ketikaantum (atau kita) sedang membuat kunjungan dari rumah ke rumah atau bilik ke bilik ataudari satu kelompok ke kelompok yg lain atau malah daripada seorang individu ke individuyang lain (berjaulah / gasyt / berziarah / bersilaturrohmi kata sahabat2 kita Indonesia /dsbnya), sama ada semasa kunjungan itu secara `umum /'umumiyy atau pun secarakhusuus/khusuusiyy, secara rasmi atau pun tidak rasmi, secara infiroodhiyy (sendirian)atau secara ijtimaa'iyy (dalam bentuk jamaa'ah atau beramai2). Khasnya buat mutakallim (siyg bercakap), supaya berbicara dengan lemah lembut dan penuh hikmah, penuh kasih sayingagar si yang dikunjungi itu (sipendengar) tidak tersasul mengeluarkan kata2 yang tidakmanis bila mendengar perbicaraan atau seruan drp saudara mutakallim itu. Ini adalahsemata2 kerana atas sifat kasih sayang kita kerana Allooh swt terhadap mereka ygdikunjungi agar mereka tidak terjebak kepada ancaman di atas gara-gara kelemahan dankekurangan yg memang pasti ada pada diri kita (terutama diri ana sendiri). Ini hanyalahsuatu peringatan buat kita bersama. Dan ana pasti bahawa setiap jamaa'ah yang telahdibentuk untuk dihantar kemana2 sekalipun, pastilah telah diberikan penerangan danta'limaat dahulu mengenai perkara2 yg patut dan tidak patut dilakukan. Bagaimana pun,kesilapan dan keterlajakan daripada mana2 individu atau jamaa'ah mungkin akan terjadi danhanya kepada Allooh swt kita berdoa dan mengharapkan limpahan keampunanNya. Dan sudahsemestinyalah setiap orang daripada kita mesti memasang niat untuk belajar, keranainsyaAllooh bila niat ini sentiasa ada pada kita maka nusrohNya dan keampunanNya besarlahdiharapkan. Dan mohon ma'af jua banyak2, lantaran telah terlanjur berbicara fasal ini(walhal siapalah ana.....memanglah ana tidak selayaknya untuk berbicara begini didepanantum yang telah banyak membuat pengorbanan untuk agama Allooh swt) dan janganlahdilupakan untuk menyelitikan (nama ana) dalam do'a antum semua, lebih2 lagilah ketikaantum keluar bermujaahadah di jalan Allooh swt. Selamat Berjuang !]

Akhir kata, terlajak perahu bisa dikayuh.. Terlajak perkataan (jika seperti dalampetikan/terjemahan diatas) murtadlah padahnya ! [Na'uudzubillaahi min dzaalik !!!].

Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb.,Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT / VOCABLE :

[1] THARIID : roti hancur/remuk yg direndamkan dalam kuah, THARIIDAH.
[2] QOS'AH /QOS'ATUN MIN THARIID : semangkuk thariid.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my