Risalah Fikir (258) Sampai Bilakah Agaknya ?

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51

Dan drp Junaid roh.a., katanya : Aku telah mendengar Sariyy roh.a. berkata (mafhuumnya):

Jika daku terluput akan sesuatu drp wiridku, aku tidak mampu untuk mengulanginya lagi.

Dan telah berkata Junaid roh.a. (mafhuumnya): Adalah Sariyy roh.a. seorang yangkesibukannya (dalam ber'amal) adalah berkelanjutan (tidak putus-putus). Dan apabila beliautelah terluput akan sesuatu (ya'nii terluput drp sesuatu wirid atau `amalan lazimnya),beliau tidak mampu lagi untuk mengulanginya (lantaran kesibukannya tersebut yg tidakputus-putus). Dan demikian jugalah dengan `Umar bin Al-Khottoob r.a., tidak ada baginyasuatu waktu untuk tidur padanya. Maka adalah beliau (iaitu `Umar r.a.) mengantuk(tersengguk2) walhal beliau r.a. berkeadaan sedang duduk.

Maka dikatakan/ditanyakan kepada beliau r.a. : Wahai Amiirol- Mu`miniin, tidakkah tuantidur ?

Jawab beliau r.a. (mafhuumnya) : Bagaimana aku bisa tidur ? Andaikata aku telah tidurpada siang hari (maka ini berma'na) aku telah merosakkan (mengabaikan) akan urusan2 paramuslimiin !! Dan andaikata aku telah tidur pada malam hari (maka ini berma'na) aku telahmerosakkan (mengabaikan) akan keuntunganku (kebahagiaan yg akan ku perolehi) daripadaAllaah `Azza wa Jalla !!

Begitulah terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al- `AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a, mujallad 2, halaman 381 & 382.

[Daripada keterangan di atas tidak hairanlah mengapa sejarah mencatatkan bahawaSayyidinaa `Umar r.a. sentiasa melakukan rondaan / jaulah / patrol daripada satu tempat kesatu tempat pada malam hari..].

Daripada jawapan Sayyidinaa `Umar r.a. di atas, banyak perkara dapat disimpulkan,dibincangkan bersama, antara lain :

[1] Tidak ada waktu bagi Sayyidinaa `Umar r.a. untuk tidur enak2 sama ada di siang harimahu pun di malam hari. Karena bagi beliau r.a. (sebagai seorang pemimpin) adalahmengkhianati (merosakkan) urusan2 muslimiin jika beliau r.a. utamakan keenakan tidurdaripada memikirkan-menguruskan hal ehwal muslimiin di siang hari. Sementara, jikautamakan tidur enak di malam hari pula, ini berma'na beliau r.a. akan merosakkan(mengabaikan) peluang2 untuk ber'amal di malam hari (kerana habuan2 `amalan bagi seorangmu`min itu adalah pada malam hari). Sebab itulah beliau r.a. mengantuk (tersengguk) walhalbeliau r.a. sedang duduk.

[Kembali kepada kehidupan hari ini : Masih adakah lagi seorang pemimpin yg mempunyaiciri2 (atau sebahagian daripada ciri2) Sayyidinaa `Umar r.a. di atas ?]

[2] Kembali kepada diri kita sendiri (termasuk saya yg bercakap ni lah terutamanya),berhubung dengan jawapan `Umar r.a. itu, apakah kita ini tidak termasuk orang yangmerosakkan (mengabaikan) akan keuntungan / kebahagian masing2 yg bakal diperolehi drpAllaah swt lantaran setiap malam terus tidur dgn enak ?

Jawapan saya : Ya . Bagaimana dgn jawapan antum ?

[3] Sampai bilakah agaknya diri ini bisa merasakan manisnya untuk bermunaajat dgnAllaah swt di malam hari ? Atau diri ini akan terus dan terus meni'mati tidur yg penuhlena lagi panjang2 buat setiap malam sampai ke pagi ? Sampai mati .? Atau bagaimana ?

ALLOOHUMMA WAFFIQNAA LIMAA TUHIBBUHU WA TARDHOOHU MINAL-QOULI WAL- `AMALI FII TOO'ATIKA!!!

Walloohu A'lam Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallooh.

Masuka :

[1] UMUUR : urusan2.

[2] UMUURUL-MUSLIMIIN : urusan2 para muslimiin.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my