Rejab Dalam Al Quran Dan Hadis

Oleh Permata Hati
10-Sep-2002 23:16

Kelebihan bulan Rejab tersebut di dalam AlQuran di surah At-Taubah ayat 36 Allah berfirman:

Yang ertinya:

Sesungguhnya bilangan bulan bulan di sisi Allah Taala ialah dua belas dikitab Allah pada hari dijadikan langit dan bumi. Di dalamnya ada 4 bulan yang suci.


Bulan Suci

Apabila dilihat dalam kitab kitab tafsir, hampir semua ulama tafsir sepakat dalam mentafsirkan 4 bulan yang dimaksudkan dalm ayat tadi adalah bulan bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram.

Tiga bulan berturut turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, satu bulan tersendiri iaitu bulan Rejab.


Bulan Allah

Imam As-Sayuti r.a meriwayatkan sebuah hadis bahawa Nabi s.a.w bersabda..

Yang ertinya:

Rejab adalah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.


Bersabda Nabi s.a.w.

Yang ertinya:

Bulan Rejab adalah bulan untuk bertanam. Maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ianya adalah musim untuk berniaga.Dan makmurkanlah waktu waktu kamu(dengan beramal) di dalamnya kerana ianya adalah waktu berbuat amal.


Istighfar

Para ulama berkata bulan Rejab adalah bulan istighfar. Maka perbanyakkanlah istighfar di dalamnya. Imam As-Sayuti r.a membawa sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ad-Dailami oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib k.w. Nabi s.aw bersabda.

Yang ertinya:

Banyakanlah beristighfar di bulan Rejab kerana pada setiap saat di dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) dari api neraka.


Berganda

Rejab adalah musim perniagaan, iaitu perniagaan dengan amal saleh. Mereka yang banyak membuat amal saleh pada bualan ini akan mendapat keuntungan besar di akhirat. Dalam Al-Quaran di surah Al-An’am ayat 160 Allah Taala berfirman.

Yang ertinya:

Barang siapa membawa amal kebaikan maka baginya sepuluh kali ganda.


Tetapi amal kebajikan yang dilakukan pada bulan Rejab digandakan sebanyak 70 kali ganda. Begitu juga sembahyang pada waktu malam akan memberi cahaya kepada hati dan membawa kepada keredhaan Allah.


Pohon

Rejab merupakan pembuakaan bulan bulan kebaikan dan berkat.

Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu keluarnya daun, Syaaban ibarat keluarnya bunga dan Ramadahn ibarat keluaranya buah buannya.


Lima Malam

Imam As-Sayuti r.a membawa sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Asaakir r.a bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda.

Yang ertinya:

Lima malam tidak ditolak di dalamnya doa. Malam pertama didalam bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam hari raya Aidil Fitri dam malam Hari Raya aidil Adha.


Selawat

Nabi s.a.w telah bersabda lagi.

Yang ertinya:

Aku melihat pada malam Mikraj sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi. Aku bertanya kepada Jibrail, "Ya Jibrail untuk siapakah ini? Beliau berkata, "Untuk mereka yang berselawat atas mu pada bulan Rejab."

Puasa

Imam As-Sayuti banyak meriawayatkan hadis Nabi s.a.w tentang puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Said Ibn Abi Rashed r.a Nabi s.a.w bersabda.

Yang ertinya:

Rejab adalah bulan yang mulia di mana Allah melipat gandakan segala(pahala) kebajikan. Dan barang siapa yang berpuasa satu hari di bulan Rejab seperti dia berpuasa setahun. Dan barang siapa yang berpuasa selama tujuh hari nescaya ditutupkan baginya pintu pintu neraka. Dan barang siapa berpuasa selama delapan hari di bukakan baginya delapan pintu syurga. Dan barang siapa berpuasa selama sepuluh hari tiada yang diminta kepada Allah sesuatu melainkan diberikannya. Dan barang siapa yang berpuasa selama lima belas hari di seru (namanya) oleh malaikat dari langit (dan berkata) sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan bermulalah amal baru. Dan barang siapa yang melebihkannya akan dilebihkan Allah. Di bulan Rejab Allah telah mengangkatkan Nabi Nuh a.s ke dalam kapal dan baginda berpuasa di bulan Rejab dan memerintahkan semua yang bersamanya berpuasa.


Istana

Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abi Qilabah Nabi s.a.w bersabda.

Yang ertinya:

Di syurga ada sebuah istana (yang dikhaskan) untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.


Sungai

Begitu juga imam Al-Baihaqqi r.a dalam meriwayatkan sebuah hadis dari Anas Ibn Malik r.a Nabi s.a.w bersabda.

Yang ertinya:

Di shorga ada sebuah sungai yang dinamakan Rejab. Warnanya lebih putih daripada susu dan manisnya lebih daripada madu.Barang siapa yang berpuasa sehari di bulan Rejab nescaya diberi minum Allah Taala daripada sungai itu.


Lapar

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang lain bersabda.

Yang ertinya:

Semua insan lapar pada hari kiamat kecuali para Nabi dan keluarga mereka dan orang orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Sesungguhnya mereka kenyang tidak akan lapar dan haus.


Kubur

Diriwayatkan bahawa 4 perkara akan meringankan azab kubur.


Tetap dalam membaca Al-Quran.


Bersifat rahmat terhadap anak anak yatim.


Berpuasa 3 hari di bulan Rejab


Berpuasa 3 hari di bulan Syaaban

Tiga hari yang dimaksudkan itu ialah pada 13,14,15 haribulan.


Isnin Khamis

Bagi mereka yang berpuasa pada hari Isnin dan Khamis di dalam bulan Rejab akan mendapat dua pahala


Kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w


Kerana diamalkan didalam bulan Rejab.



Doa

Doa Rejab yang masyhur berupa istighfar yang diajarkan oleh Nabi s.a.w., Diamalkan sebanyak 70 kali setiap hari atau setiap pagi dan petang. Istighfarnya adalah.

Yang ertinya:

Ya Allah ampunilah daku dan rahmatilah daku dan aku bertaubat (kepadaMu Ya Allah)


Berkenaan beristighfar ini Nabi s.a.w bersabda.

Yang ertinya:

Barang siapa yang beristigfar kepada Allah dibulan Rejab pada waktu siang dan malam dan berkata: Ya Allah, ampunilah daku dan rahmatilah daku dan aku bertaubat (kepadaMu ya Allah) sebanyak tujuh puluh kali nescaya tidak disentuh api neraka kulitnya sama sekali.



Sejauh mana Israk, Mikraj dijadikan satu iktibar.


Rejab ialah bulan yang cukup istimewa dalam takwim islam.

Pelbagai peristiwa berlaku pada bulan ini dan satu daripadanya yang sangat penting ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja banyak mengandungi pengajaran berguna kepada umat islam malah menjadi satu ujian kepada kepercayaan dan kekuatan akidah umat islam.

Peristiwa itu berlaku di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk menerima dan memahaminya.Oleh itu ramai umat islam yang lemah iman akan tergelincir akidah dan pegangannya terhadap islam kerana meragui peristiwa berkenaan dan mempertikaikannya daripada segi logik akal manusiawi.

Memang benar, jika peristiwa Israk dan Mikraj itu dinilai dari sudut akal fikiran semata mata sudah tentu manusia tidak mampu mempercayai berlakunya peristiwa itu terhadap Rasulullah.

Ini kerana akal fikiran manusia terbatas, tetapi jika diletakkan di atas dasar keimanan dan ketakwaan, sudah tentu ia dapat diyakini.

Aspek keyakinana ini diperkuatkan lagi dengan fiman Allah yang menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj dengan menyebutkan "Maha suci Allah" iaitu maha suci Allah daripada sebarang kelemahan dan kekurangan.

Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang kami (Allah) berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."—(Al Israk;1).


Dalam penghidupan moden ini, apakah pengajaran dan iktibar yang boleh diteladani daripada peristiwa itu?

Antara pengajaran dan iktibar:-


Menyahut rintihan Rasulullah dalam usahanya menyampaikan dakwa terhadap umat jahiliah,yang ternyata baginda mendapat tentangan yang amat hebat.Antara yang paling hebat ialah ketika baginda berdakwa kepada penduduk Taif. Ketika itu Baginada diejek dan dilempar dengan batu hingga terluka.

Justeru itu, Rasulullah segera keluar dari kawasan itu dan berehat di sabuah kebun milik Uthbah dan Syibah Rabiah. Pada saat itu, baginda mengadu kepada Allah. Sesungguhnya Allah mendengar apa yang diucapkan Rasullullah dan berdasarkan hadis Nabi bahawa Allah mengutuskan malaikat Jibril dengan menawarkan bantuan untuk menghempap mereka yang melakukan kekejaman terhadap Rasullullah dengan gunung-gunung yang ada di sekitaran kota Taif itu. Namun, Rasulullah menolak tawaran malaikat Jibril itu, bahkan baginda berdoa agar Allah menjadikan anak cucu mereka termasuk di kalangan yang menerima Islam dimasa yang akan datang.

Selain daripada itu, peristiwa Israk dan Mikraj juga memperlihatkan kepada Rasullullah dan umat Islam beberapa pengajaran yang amat penting iaitu:


Kepentingan solat fardu sehari semalam lima waktu;


Balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan dan sebaliknya memperlihatkan balasan buruk kepada mereka yang melakukan kejahatan; dan


Umat Islam akan menghadapi banyak cabaran daripada musuh mereka sepanjang zaman.


Peristiwa Israk dan Mikraj memperlihatkan betapa pentingnya salat lima waktu.Ia berbeza dengan ibadat yang lain.

Kefarduan ibadat solat ditentukan pada malam berlakunya Israk dan Mikraj dengan Nabi Muhammad dijemput menerimanya daripada Allah s.w.t di Sidratul Muntaha manakala ibadat lain difardukan melalui wahyu yang dibawa malaikat Jibril a.s.

Kefarduaannya yang pada asal diberikan oleh Allah s.w.t sebanyak 50 waktu sehari semalam bertukar menjadi 5 waktu sehari semalam setelah Nabi s.a.w memohun untuk dikurangkan atas nasehat Nabi Musa a.s. Namun pahalanya tetap di berikan Allah sebanyak 50 waktu pahala bersembahyang.


Beberapa perkara yang diperlihatkan kepada Rasulullah sewaktu Israk dan Mikraj.



Sekumpulan manusia menanam dan menuai gandum.Setiap kali dituai, gandum itu tumbuh kembali dan terus boleh dituai dan begitulah keaadaannya.

Ini menggambarkan balasan kepada mereka yang berkorban apa sahaja untuk kepentingan agama Allah. Mereka akan mendapat balasan terus menerus.


Tempat yang sangat harum.Hal ini memperlihatkan balasan baik bagi mereka yang berkorban pada jalan Allah.


Sekumpulan manusia memakan daging mentah dan busuk sedangkan disebelah mereka tersedia daging baik.

Ini menggambarkan keaadan mereka yang melakukan zina sedangkan sudah mempunyai isteri atau suami.


Manusia yang berperut besar sehingga tidak boleh bangun — Gambaran balasan orang yang memakan riba.


Manusia yang mengumpul dan mengikat kayu untuk dipikul. Apabila tidak terdaya memikul,makin ditambahnya — Gambaran manusia yang tidak amanah,tetapi mahu menerima amanah dan tanggungjawab atau jawatan dengan banyak walaupun tidak mampu melaksanakannya.


Pangilan perempuan tua yang mamakai perhiasan untuk mengajak berbual dan berbicara – Gambaran bahawa dunia dan pengaruh kebendaan pasti akan mempersonakan manusia.


Gangguan Iblis dan Jin untuk menganggu perjalanan Rasulullah. Ini menunjukkan iblis dan jin pasti menganggu manusia supaya sesat daripada jalan Allah.


Golongan manusia yang memecahkan kepala mereka berkali kali – Gambaran manusia yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan dunia.


Manusia yang memakai pakaian compang camping dan memakan sampah sarap serta rumput rampai – Gambaran manusia yang tidak membayar zakat, tidak mengeluarkan zakat, tidak bersedekah dan seumpamanya sayangkan harta.


Kumpulan manusia yang memotong lidah sendiri secara berterusan – gambaran menunjukkan kumpulan manusia yang menyebar fitnah, pembohong dan seumapamanya.


Lembu besar keluar dari lubang kecil dan cuba masuk semula ke dalam lubang itu -- Gambaran manusia angkuh dan bercakap besar, selepas itu dia kesal dan mahu manarik balik percakapannya itu.


Pokok berduri yang mancarik pakaian orang yang lalu berhapirannya – Gambaran manusia yang suka berada di persimpangan jalan dan menggangu orang lalu lalang di kawasan itu.


Perempuan digantung rambutnya ke dalam neraka – Gambaran kaum wanita yang tidak menutup aurat.


Ternyata kesemua 13 peristiwa yang diperlihatkan itu mengambarkan keadaan manusia yang ada dimuka bumi ini dan tenyata keadaan ini sedang berlaku.


Persoalannya, sejauh manakah kita menginsafinya dan menjadikannya sebagai satu iktibar sedangkan setiap tahun umat islam menyambut Israk dan Mikraj dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah, forum, perbahasan dan seumpamanya?


Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

keredhaan Ilahi cita cita dihati..
Sent to myMasjid eGroups: 9/10/2002 11:15:56 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 9/10/2002 11:15:56 PM

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my