Bacalah Wahai Sahabat Ku

Oleh putera kayangan
12-Nov-2002 08:36
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM............



gelap dirumah dpt diterangi.......dibeli lampu utk menerangkan

gelap dihati yg penuh daki........apa ubatnya jika tidak disucikan

penyakit dibdn mudah diubatkan.......dicari tabib utk menawarkan

penyakit dihati siapa yg tahu.....selain Allah siapa yg menjadikan

mensucikan hati mudah sekali.......semua dunia kesamping dilontarkan

agar cahaya menempati hati.......semua dakinya terus dihumbankan

barulah dpt meningkatkan diri.........kpd Allah tuhan yg disembahkan

Makrifat membawa diri mendaki......kemuncak tinggi tmpt dimuliakan



ya, disitu tempat singgahan para ahli makrifat, berselera dan bersembang, menujukan menujukan munajatnya kehadrat Tuhan Yg Maha Kaya, bersenang dan bermesra, penuh bahagia, didudukkan Tuhan tempat yg mulia, dikemuncak Hazhiratul-qudus mereka mengembara, tubuhnya fana' hatinya yg berbicara, kpd siapa lagi, jika tidak kpd Tuhan Yg Maha Esa, tempat bergantung semua perkara!

ya, semakin kita dalami semakin jauh kita pergi,tetapi berbeza sekali,antara aku dgn mereka yg ahli, yg merangkul tubuhnya sinar nurani, makrifat kpd Allah memenuhi hati,yg dipndg bukanlah peribadi,tetapi nurani!

ya, tentulah tidak sama dgn bercakap dgn lisan, lalu penanya yg mencatitkan,sedang hatinya belum berkenalan, makrifat pula jauh sekali,jauh panggang dari api, kalau mahu mesti dicari, siang dan malam mengabdi diri, kpd dunia jgn dipandang,dgn manusia diletak dibelakang, biarkan semua itu usang!

Wahai Tuhan,apakan daya....berilah kegembiraan hati hamba, mengenaliMu Yg Maha Esa, bertelimpuh kehadratMu duduk bermesra, penuh rindu dan penuh cinta,mengingatiMu setiap masa, tentulah boleh jika ada kurnia...kurnia siapa? KurniaMu...duhai Tuhanku yg tak pernah reda,sentiasa ada... tetapi manusia?! selalunya lupa,selalu alpa,tak kenang budi tak punya rasa! mengapa? iya mengapa? sgt benar apa yg Engkau kata,didalam Al-Quran Engkau berbicara :

KALLA BARRANA A'LA KULUBIHIM MA KAANU YAKSIBUUN. KALLLA INNAHUM A'NN RABBIHIM YAUMAIZIN LAMAHJUUBUUN

"bahkan apa yg mereka sudah kerjakan menjd karat bg hati mereka. bahkan, sesungguhnya mereka dihari itu terdinding dr tuhannya"

[Al-Muthaffifin : 14-15]

ya Allah! ya Tuhanku! jgnlah jadikan hamba2mu sampai begitu! Ampunilah kami sepenuh RahmatMu! bukankah kami hamba2mu?! yg lemah, yg tidak berdaya, selalu terpedaya, yg dgn nafsunya bermaharajalela, kpd budiMu tidak pernah berkira,melanggar perintahMu dgn sengaja, kpd laranganMu tidak mahu berjaga, itu semua mmg salah,seribu kali salah,kami mengaku salah!! tetapi RahmatMu mendahului murkaMu, kemurahanMu mengatasi maksiat kami kpdMu, Engkau mmg Maha Pengampun, Maha Penyayang! kpd hamba2Mu sgt belas kasihan! kalau Engkau tidak mengasihani kami,siapa lagi yg boleh mengasihani kami?! kalau Engkau tdk menyayangi kami,siapa lg yg akan menyayangi kami?!sedangkan Engkau adalah tuhan kami,tiada tuhan lagi selain Engkau!

sampai disini sajalah penaku dpt menulis,hatiku pecah kerana mengingatkan diri yg sangat cuai dan lalai, airmataku mengalir tanpa kusedar lagi, dan kalau itu tanda keinsafan,moga2 ia akan berkekalan,jangan sampai ada hanya ketika berada dipersimpangan jalan belaka.

"YAQULULLAHU A'ZZA WAJALLA : ANA I'NDA ZHONNI A'BDI BI, WA ANA MAA'HU HINA YAZKURUNI. IN ZAKARAANI FI NAFSIHI, WA IN ZAKARANI FI MALAAI, ZAKARTUHU FI MALAAI KHAIRIN MINHU, WAIN TAQARRABA MINNI SHIBRAN, TAQARRABTU MINHU ZIRAAA'N, WAIN TAQARRABA ILAYYA ZIRAAA'N, TAQARRABTU MINHU BAA A'N, WAIN ATAA NI YAMSHI, ATAITUHU HARWALAH."

"berfirman Allah Azza wajalla : aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa bersama2nya ketika ia mengingatiKu. jika dia mengingatiKu dlm dirinya, Aku pun akan mengingatinya dlm diriKu (DzatKu). jika ia mengingatiKu dihadapan org ramai, Aku pun akan mengingatinya dihadapan org ramai yg lebih baik dari kumpulannya.jika ia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya dua hasta.jika ia mendatangiKu dgn berjalan kaki,Aku akan mendatanginya dgn berlari"



wallahua'lam bissowab..........



[dipetik dr kitab karangan SAYYID AHMAD AR-RIFA'I]

segala kebaikkan itu datangnya dari ALLLAH S.W.T dan segala kekurangan itu datangnya dari ku jua

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my