4 Golongan Menyambut Ramadhan

Oleh nissa
12-Nov-2002 08:39

sekadar berkongsi ilmu..

empat golongan dalam menyambut kehadiran ramadhan.

i) golongan pertama dalam menyambut kedatangan ramadhan adalah golongan yg begitu merasa tidak selesa dengan tibanya ramadhan.seolah-olah satu beban baginya,golongan yg kadang2 sanggup meminta surat sakit gastrik daripada doktor semata-mata tidak mahu berpuasa dibulan mubarak ini.naudzubillah kita termasuk dlm golongan ini.

ii) golongan kedua adalah golongan yg menyambut ramadhan secara slumber,sama seperti bulan-bulan lain tidak ada bezanya.kadang-kadang keluar juga keluhan dari mulutnya... "ish!! kena posa pulak tak lama lagi"..

iii) golongan yg ikhlas dalam menyambut ramadhan..lebih baik daripada golongan yg kedua dan ketiga tadi.cuma ia merasakan ibadah puasa dibulan ini lebih kepada suatu tuntutan.jika tak buat berdosa.

iv) golongan yg keempat inilah sebaik2 golongan dalam menyambut ramadhan yg penuh barokah ini.dihatinya ada rasa rindu pd bulan ramadhan.tidak sabar2 utk bertemu dgn bulan ini.laksana seorang kekasih yg menanggung rasa rindu setelah berpisah selama 11 bulan.dan bertemu kembali selepas jangkamasa waktu yg lama..lantas memanfaatkan sebaik2nya ramadhan yg ditunggu itu.dalam hatinya berbisik.. "ahlan wasahlan ya ramadhan ..betapa aku rindu padamu"

renung kembali diri kira...golongan dimana kita berada..muhasabah kembali diri..moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya
ar-raji' ila afwu rabbihi

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my