Kedudukan Hadith Dan Kewajiban Mentaatinya

Oleh Zabarjad
12-Nov-2002 08:57
TELAH SEPAKAT(IJMA') ULAMA ISLAM BAHAWA HADITH(SUNNAH)ADALAH DASAR BAGI HUKUM ISLAM,DAN BAHAWA UMAT ISLAM DIWAJIBKAN MEMATUHI HADITH(SUNNAH) SEBAGAIMANA DIWAJIBKAN MEMATUHI AL-QUR'AN.

BANYAK AYAT QUR'AN YANG MEMBERI PENGERTIAN SECARA TEGAS BAHAWA HADITH ITU SUATU POKOK(DASAR) BAGI SYARIAT ISLAM YANG WAJIB DITAATI SEBAGAIMANA WAJIB DITAATI AL-QUR'AN.UMAT ISLAM TIDAK BOLEH MEMBELAKANGI ATAU MENINGGAL ATAU MENENTANG HUKUM HADITH ATAU HUKUM QUR'AN ATAU HUKUM KEDUANYA SEKALI SAMA ADA DENGAN ALASAN ATAU TIDAK.FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

"DAN APA YANG DIDATANGKAN RASUL KEPADA KAMU MAKA HENDAKLAH KAMU AMBIL AKAN DIA,DAN APA YANG IA TEGAHKAN KAMU DARIPADANYA,MAKA HENDAKLAH KAMU BERHENTI."
(surah al-hasyr;ayat 7)

"TAATLAH KAMU AKAN ALLAH DAN TAATLAH KAMU AKAN RASUL,SUPAYA KAMU DIHORMATI."
(surah ali-imran;ayat132)

"MAKA HENDAKLAH ORANG-ORANG YANG MENYALAHI DARI PERINTAHNYA TAKUT DITIMPA MEREKA PERCUBAAN ATAU DITIMPA AZAB YANG PEDIH."
(surah al-nur;ayat 63)

"KATAKANLAH! TAATI OLEH KAMU AKAN ALLAH DAN AKAN RASUL;KIRANYA MEREKA BERPALING MAKA BAHAWASANYA ALLAH TA'ALA TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG KAFIR."
(surah ali-imran;ayat 32)

SETERUSNYA ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MEMBENERKAN UMAT ISLAM MENYALAHI PERINTAH ATAU HUKUM RASULNYA.FIRMANNYA YANG BERMAKSUD:

"DAN TIDAKLAH HARUS BAGI ORANG MUKMIN YANG LELAKI DAN PEREMPUAN,APABILA ALLAH DAN RASULNYA TELAH MENETAPKAN SUATU HUKUM BAHAWA ADA LAGI BAGI MEREKA PILIHAN DARI URUSAN MEREKA,DAN BARANGSIAPA MENDERHAKAI ALLAH DAN RASUL-NYA,MAKA SESUNGGUHNYA TELAH SESAT IA SEBAGAI KESESATAN YANG NYATA."
(surah al-ahzab;ayat 36)

JELASLAH DENGAN INI,BAHAWA TAAT KEPADA HUKUM RASULULLAH ADALAH WAJIB,SAMA ERTINYA DENGAN KEWAJIBAN TAAT KEPADA HUKUM ALLAH;SEDANG MENYALAHINYA ADALAH SUATU MAKSIAT YANG MEMBAWA KEPADA SESAT,TERPESONG DARI JALAN YANG BETUL.
hidup adalah pencarian..

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my