Risalah Fikir (010) Mari Bertongkat

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51

Mari kita menyintai sunnah Rasuulullaah saw...! Mari kita merasai senang dgn sunnahRasuulullaah saw.....! Mari kita meng'amalkan dan menghidupsuburkan sunnah Rasuulullaahsaw...! Mari kita mengajak manusia lain untuk sama-sama menghidupsuburkan sunnahRasuulullaah saw...! Drp Anas r.a., katanya, telah bersabda Rasuulullaah..(mafhumnya).:

"Sesiapa yg menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya dia telah menyintai akan daku,dan sesiapa yg menyintai akan daku adalah ia bersamaku di syurga,"

Dan banyak hadith-hadith lain tentang pentingnya mengikuti dan menghidupkan sunnahRasuulullaah saw, yg mana sudah tentu tidak dimuatkan kesemuanya di sini.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk menerangkan kelebihan satu drp sunnah-sunnahRasuulullaah saw iaitu SUNNAH MEMAKAI TONGKAT.

Sebenarnya nilai satu-satu sunnah itu tak boleh diukur dgn nilai kebendaan yg kitanampak ini. Sesungguhnya nilai satu-satu sunnah itu lebih berharga drp dunia danseisinya....!!!!!

Berikut adalah kelebihan-kelebihan memakai tongkat yg diambil drp sebuah kitab lama ygbernama ljauharulmauhuub ( Mutiara Yg Diberikan / Dihadiahkan) dan Munabbihaatulquluub (Stimulus Hati)

bagi Al-'Alim Al-'Allaamah 'Ali bin 'Abdurrahmaan Al-Kalantaani (semoga Allah swtmelimpahkan Ihsan RidhwaaniNya keatas beliau ) :

  1. Kata Ibnu 'Abbas r.a. :
    Bermula bertongkat itu drp perangai Anbiyaa` (Nabi-nabi) dan adalah Nabi saw bertongkat ia dan menyuruh ia dgn dia. [Maksudnya : Disamping Baginda saw sendiri bertongkat, beliau saw pun menyuruh orang lain supaya mamakai tongkat.]
  2. Dan drp Nabi saw, sabdanya.....mafhumnya)......:
    Bertongkat itu 'alamat orang mu'min dan sunnah Anbiyaa` (Nabi-nabi) dan barangsiapa keluar musafir dan sertanya tongkat drp kayu lauz (sejenis kayu pokok buah badam) yg pahit nescaya diamankan oleh Allah swt drp saba' ya'ni binatang yg memberi mudharat dan drp pencuri yg menyehaja akandia dan drp binatang yg mempunyai racun seperti ular dan kala hingga kembali ia kpd tempat kediamannya dan ADALAH SERTA ORANG BERTONGKAT ITU TUJUH PULUH MALAIKAT MENGAWALI AKAN DIA.
  3. Kata Hasan Basri rah.a. :
  4. Bagi bertongkat itu delapan perkara ;

    (Pertama) Sunnah Anbiyaa` (Nabi-nabi).
    (Kedua) Perhiasan bagi orang sulahaa` (para soolihiin).
    (Ketiga) Senjata atas seteru.
    (Keempat) Menolong ia akan orang yg dhaif.
    (Kelima) Lari drp empunyanya oleh syaitan.
    (Keenam) Merendahkan drpnya oleh orang fajir yg jahat.
    (Ketujuh) Qiblat bagi empunyanya
    (Kedelapan) Menguatkan dia apabila penat.
  5. (Dan) drp Nabi saw, sabdanya.... (mafhumnya)...:

BARANGSIAPA SAMPAI 40 TAHUN UMURNYA DAN TIADA IA BERTONGKAT DIBILANGKAN DIA (DIGOLONGKAN DIA) DRP ORANG TAKABBUR DAN 'UJUB.

Wallaahu a'lam.

Begitulah sedikit petikan drp kitab tersebut. Maka marilah kita sama-sama berdoa agarAllah swt sentiasa  memberikan taufiq dan hidayahNya kpd kita semua untuk menunaikansegala titah perintahNya dan menghidupsuburkan sunnah kekasihNya saw. Wallaahu Alam.Semoga sama2 kita mengambil i'tibaar.... Wassalaamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilallaah.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my