Hadith Masyhur Atau Mustafidh

Oleh Zabarjad
16-Nov-2002 05:28
Iaitu hadith yang diriwayatkan dari 3 sanad yang berlainan atau hadith yang diriwayatkan oleh 3 orang atau lebih kepada 3 atau lebih dan begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya 3 sanad yang berlainan.

Contohnya ialah:
"ORANG-ORANG ISLAM IALAH MEREKA YANG SEJAHTERA SEKALIAN ORANG ISLAM DARI(BAHAYA) LIDAHNYA DAN TANGANNYA."

Hadith ini diriwayatkan oleh 3 orang imam hadith dari sanad yang berlainan,pertama;Imam Bukhari,kedua;Imam Muslim,ketiga;Imam Tirmizi.

Sanad Imam Bukhari ialah;Bukhari dari Adam dari Syu'bah dari Abdullah B. Abu Safar,dari Al-Syabi dari Abdullah Bin Amru dari Nabi saw.

Sanad Imam Muslim ialah;Imam Muslim dari Sa'id dari Yahya dari Abu Burdah dari Abu Burdah dari Abu Musa dari Nabi saw.

Sanad Imam Tirmizi ialah;Tirmizi dari Qatadah dari Al-Laith dari Al-Qa'qa dari Abu Saleh dari Abu Hurairah dari Nabi saw.

Cubalah perhatikan ketiga-tiga sanad tersebut.Di antaranya tidak seorang pun yang sama nama dan orangnya.Abu Burdah dalam sanad Imam Muslim ada dua tetapi orangnya berlainan.Abu Burdah yang partama itu cucu dari Abu Burdah yang kedua,jadi dengan demikian tidaklah sama.
hidup adalah pencarian..

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my