5 Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

Oleh Anak Melaka
16-Nov-2002 05:39
5 Maksiat Yang Disegerakan Balasannya”

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadap Rasulullah saw kepada kami
(pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :”Wahai kaum Muhajirin, lima
perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah
mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung
dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu
ialah :-

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka
berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa
penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan
ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah
lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka
akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman
daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk
mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga
hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi
hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah
akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas
sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah
yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai
pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan
mereka sendiri.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :

Hadith ini menerangkan bahawa :

1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya
penzinaan.

2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca
daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat

4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum
Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin)
adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada
Allah swt

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca
daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan
Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari
An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"




~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my