Wanita Yang Dimurkai Allah

Oleh rabia'atul
19-Nov-2002 15:40
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan
apa yang kau suka."

2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki
yang bukan muhrim.

3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian
lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada
orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita
kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan
hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa
pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan
hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg
bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas
kenabian. Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...

WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLLAH

Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd
beberapa jenis wanita. Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg
boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya.
Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt
takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama
Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa
Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga
engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit
yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2
jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg
membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg
suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib &
sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Kalau
seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh
seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar
kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak
punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun
banyak.

Nabi S.A.W. adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu
menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah. Beliau menghadapi segala
rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata &
darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap
kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk
menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda. Sebagai
penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung
kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami
bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau
menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang
mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku
menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?"
Beliau bersabda: -

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya
sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan
air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya
serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg
menyala-nyala dgn hebatnya.

6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir
dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat
penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis
siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata
kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu."
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn
kata

3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati
suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak
dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang
lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org
lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah
tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat
lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka
kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak
dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta
padanya krn melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya &
dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat &
puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi
wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia
suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka
marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana
mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang
terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -
1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah org.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan
meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu
berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak
diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.

Wassalam.
Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my