Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
23-Nov-2002 05:55
Diriwayatkan daripada Jubair bin Nufair bahawa seseorang pernah bertanya Saidatina Aisyah r.a tentang puasa. Lalu Saidatina Aisyah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w berpuasa pada keseluruhan (sebahagian besar) bulan Syaaban dan menjaga puasa hari Isnin dan Khamis.

(Hadis riwayat Imam Nasaie).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan berpuasa pada bulan Syaaban di mana Nabi s.a.w pernah berpuasa pada sebahagian besar bulan tersebut. Kalimah "keseluruhan" yang terdapat pada hadis adalah bermaksud sebahagian besar.
2- Dorongan dan galakan yang tinggi supaya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis adalah untuk mencari kebaikan dan ganjaran pahala
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my