Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
26-Feb-2003 03:14
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t memberi kebebasan (memberi tempoh untuk bertaubat) kepada orang-orang yang berlaku zalim, tetapi apabila tiba seksaan Allah (terhadap dosa-dosanya), Allah tidak akan menghindarinya (membiarkan ianya terseksa). Kemudian baginda membaca ayat: (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ), yang bermaksud: Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat kezaliman. Sesungguhnya azabNya itu sangat pedih lagi keras.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Penjelasan bahawa Allah s.w.t sentiasa memberi ruang waktu untuk orang yang melakukan kezaliman, tetapi bukan bererti Dia mengabaikannya kerana Allah s.w.t tidak akan tergesa-gesa dalam melaksanakan hukuman.
2- Galakan supaya cepat bertaubat dan menyerahkan aduan kepada orang-orang yang dizalimi.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my