14 Azab Yang Mengabaikan Sembahyang

Oleh 12765
31-Jul-2002 09:14
14 azab bagi mereka yang mengabaikan solat

(i) Lima azab di dunia :

*Tidak mendapat rahmat dalam kehidupannya.
*Kehilangan nur (cahaya) di wajahnya.
*Tidak mendapat pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
*Doa-doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
*Tidak mendapat bahagian doa-doa orang yang salih.

(ii) Tiga macam azab pada masa hendak meninggal dunia :

*Mati dengan keadaan aib.
*Dalam keadaan lapar.
*Dalam keadaan haus yang amat sangat.

(iii) Tiga azab didalam kubur :

*Dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya berceragah.
*Dibakar dengan api dalam kuburnya.
-diguling-gulingkan dirinya di atas bara api siang dan malam.
*Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang
panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan ke atas
dirinya.Ular itu bertempik seperti bunyi guruh, '' Tuhanku telah
perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari
kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zuhur,
kerana melengah-lengahkan solat zuhur hingga matahari masuk
ke ufuk, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga solat magrib,
kerana melengah-lengahkan solat magrib ke solat Isya', kerana
melengah-lengahkan solat Isha'hingga ke subuh."Ular itu pun terus
memukulnya hingga sampai hari kiamat.Setiap pukulan
membenamkannya hingga 70 hasta.

(iv) Tiga azab dibangkitkan :selepas

*Dihisap dengan serios.
*Kemurkaan Allah.
*Dicampak ke dalam api neraka.

Dalam peristiwa israk, Nabi s.a.w. melihat satu kumpulan orang yang tegap
dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke
kepalanya.Kepala pun hancur.
Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula
batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang
kali.Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?

Jibril berkata, "Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat
lima
waktu.''

(Kita berlindung kepada Allah daripada mendapat azab atau siksa yang
sedemikian.) Amin! Ya Rabbal 'Alamin!!.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my