Renungan Indah Hari Jumaat

Oleh Anak Melaka
31-Jul-2002 09:16


Saudara Saudari sidang pembaca yg dikasihi,

Memulakan bicara pagi ini, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukor yg tidak terhingga ke hadrat Allah swt, kerana kita dilahirkan di atas muka bumi ini sebagai manusia, makhluq teristimewa ciptaan Ilahi, hidup dengan limpahan nikmat Iman dan Islam. Dua nikmat yang tidak ada tolak bandingnya. Maka rugilah rasanya, sekiranya kita hidup tanpa Iman dan Islam, dan sesungguhnya kesenangan dan kemewahan yang dimiliki tidak memberi apa-apa erti sebenarnya, sekiranya kita hidup tanpa cahaya Iman dan Islam.

Justeru itu, Islam mengajarkan kita agar melahirkan ubudiy'yah yang ikhlas kepada Allah swt dalam setiap tindakan dan aktiviti-aktiviti hidup seharian dan berdoa ke hadrat Ilahi, agar disinari kehidupan kita dengan nur di ilham ilahi, yaitu cahaya taufiq dan hidayah.

" Ya Allah ya tuhan kami, tunjukkanlah kami, jalan yg lurus, iaitu jalan orang yg telah engkau kurniakan nikmat kepada mereka. iaitu, para Nabi, orang-orang yg amat benar dalam keimanan mereka kepada Allah, orang-orang yg mati syahid, serta orang-orang yg soleh".

Saudara-saudari sidang pembaca yg budiman!

Dalam melayari kehidupan yg penuh berombak ini, kita selaku hamba dan khalifah di bumi ini, telah dibekalkan oleh Allah swt tiga kekuatan utama, yg mesti dijaga dan dipupuk semai sebaik-baiknya.

1. Aqal fikiran yg waras.
Dengan kekuatan aqal fikiran yg dimiliki, manusia dapat membezakan di antara yg haq dan yg bathil, Mana yg mendatangkanmenafaat dan mana pula yg memudharatkan,

Justeru itu, Islam memerintahkan kita memelihara aqal dan kesejahteraan daripada sebarang anasir yang merosak dan membinasakannya. Islam melarang kita mengambil bahan-bahan yang memabukkkan dan membahayakan diri seperi arak, dadah, morphine, ganja, dan seumpamanya. Sebaliknya ia memerintahkan kita menyuburkan aqal dengan ILMU, IMAN dan AMAL yg Soleh.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:-

"Sesiapa yg inginkan kebahagian dunia, maka hendaklah memiliki ilmu pengetahuan, sesiapa yang inginkan kebahagian akhirat, maka dia juga hendaklah memiliki ilmu pengetahuan dan sesiapa yg inginkan kebahagian di dunia dan akhirat, maka dia memiliki ilmu pengetahuan juga".

2. Nafsu Shawat.
Sepertimana haiwan mempunyai nafsu shahwat, maka kita manusia juga, dibekalkan dengannya, namun dengan kekuatan aqal fikiran dan bimbingan Ilahi, kita mampu mengawal diri, sejajar dengan tuntutan agama. Tanpanya, memungkinkan hawa nafsu memandu dan menguasai diri kita. Maka lahirlah sifat-sifat keji seperti tamak, kedekut, hasad dengki, cemburu melulu, berburuk sangka dan lain-lain lagi.

3. Hati.
Di mana aqal yg cerdas belum menjamin kesolehan seseorang. Oleh sebab itu, orang yg cemerlang ialah mereka yang memiliki hati yg benar-benar beriman kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya. Sabda
Rasulullah SAW:-
Ertinya: " Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Itulah HATI".

Demikianlah peranan hati dalam hidup manusia. Oleh
sebab itu, kita selaku Hamba dan Khalifah Allah di muka bumi, seharusnya sentiasa menjaga pertumbuhan aqal, nafsu, hati kita, selaras tuntutan agama Islam yg maha suci.

Hati yg ada dalam diri kita harus di isi dengan makanan-makanan kerohanian seperti berzikir, melakukan amal ibadat dan seumpamanya. Apabila itu makanan hati, maka kita akan jadi baik dan insan Allah akan di kurniakan berbagai-bagai kebaikkan di dunia dan akhirat.

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat - Ya Allah
Sabtu - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dgn sendirinya)
Isnin - La haw la wala qu wata illa billah hil 'ali yil'azim (Tidak ada upaya & kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa - Allah humma solli 'ala saidina Muhammad (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi Muhammad s.a.w)
Rabu - As tag firullah hal 'azim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis - Subha nallah hil 'azimi wa biham dih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian kepadaNya)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman







~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my