Sahih Muslim > Kitab Nikah > Bab Haram Meminang Terhadap Pinangan Saudaranya Iaitu Pinangan Orang Lain Kecuali Setelah Saudaranya Memberi Keizinan Atau Dia Telah Meninggalkan Iaitu Membatalkan Pinangan Itu
    Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang badwi, mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya. Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri.info
webmaster@mymasjid.net.my