Sahih Muslim > Kitab Bersuci > Bab Sunat Melebihkan Had Basuhan Pada Muka, Tangan Dan Kaki Ketika Berwuduk
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah pergi ke kawasan perkuburan lalu bersabda: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ Aku sangat gembira sekiranya kita dapat melihat saudara-saudara kita. Para sahabat bertanya: Tidakkah kami semua saudara-saudara kamu wahai Rasulullah? Baginda menjawab dengan bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, saudara-saudara kita ialah mereka yang belum wujud lagi. Sahabat bertanya lagi: Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum lagi wujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? Baginda menjawab dengan bersabda: Apakah pendapat kamu sekiranya seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang berbulu putih di dahi serta di kakinya dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam legam. Adakah dia akan mengenali kudanya itu? Para sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana kesan wuduk. Aku mendahului mereka ke telaga. Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalang dari datang ke telagaku seolah-olah menghalau unta-unta sesat. Aku memanggil mereka: Kemarilah kamu semua. Maka diberitahu bahawasanya mereka telah menukar ajaranmu selepas kamu wafat. Maka aku bersabda: Pergilah jauh-jauh dari sini.info
webmaster@mymasjid.net.my