Sahih Muslim > Kitab Bersuci > Bab Menyapu Sepasang Khuf
    Hadis Jarir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Hammam r.a katanya: Pernah berlaku pada suatu ketika Jarir kencing kemudian berwuduk dengan menyapu sepasang khufnya. Seterusnya Jarir ditegur: Adakah kamu melakukannya begitu? Beliau menjawab: Ya, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w kencing, kemudian berwuduk dengan menyapu sepasang khuf baginda.info
    Hadis Huzaifah r.a katanya: Aku berjalan bersama Nabi s.a.w. Bila kami sampai di suatu tempat pembuangan sampah orang ramai, baginda kencing sambil berdiri manakala aku pula beredar agak jauh dari situ. Setelah itu baginda bersabda: Kemarilah. Beliau pun menghampiri baginda. Baginda lalu berwuduk dengan menyapu atas sepasang khuf baginda.info
    Hadis Al-Mughirah bin Syukbah r.a: Rasulullah s.a.w pernah keluar untuk membuang air besar dan Al-Mughirah mengekorinya dengan membawa sebekas air. Air tersebut dituangkannya kepada Nabi sebaik sahaja baginda selesai membuang air besar untuk berwuduk serta baginda menyapu kedua khuf.info
webmaster@mymasjid.net.my