Terkini  Popular    Mula Topik

Kisah Benar Penjara Pudu...

2002-07-12 18:07:41
Oleh
12147
.....pada sesiapa yang dah dapat tu, kalau rasa tak nak baca tak yah laa baca .. pada sesiapa yang tak pernah dapat nak baca .. baca lar ...kalu yang dah dapat tu nak baca lagi... baca laaa sampai puah...hehehehee......alkisah nya begini...

Kisah pelik tapi benar di penjara pudu..Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik
dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana
dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik
gantung. Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,menjerit,bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampira dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pada 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki
sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat amati maka terlihatlah dalam
kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik terakhir" itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada
dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun beranikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan berkata...
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu" "Hartaaaa itu
bukan kauuu yang punyaaaa" "Ahmaaaaaad Albab yang
punyaaaaaa" "Ha Ha Ha Ha Ha"

Sekian
adanya.........padan muka korangggggg..asyik tengok mail je ...keje tak buat.... Jangan marah ye......gurau je...Kalau marah nanti kena jual....hehehe... buruk rupe kalau marah "sayangi dan cintailah diri sendiri , sebelum menyayangi dan menyintai diri orang lain "LOVE YOU ALL"



'anie '

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my