Terkini  Popular    Mula Topik

Rezeki Melalui Perkahwinan

2002-07-18 13:21:14
Oleh
12765
Assalamualaikum..........

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada
sunnah
Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang
dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa
yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku."
(Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi
perkara
yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di
antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan,
memiliki
rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan
mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun
dahulu
yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki.
Lelaki
ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan
keluar
agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi,
Rasulullah SAW
terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat
gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang
mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah
dan
mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi
masih
dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?".
"Kahwin
lagi," jawab Rasulullah singkat. Si lelaki tersebut tidak banyak
bertanya.
Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin
Rasulullah
mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis
lain.
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah
dan
mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua
orang,
tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki
itu."
Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang
apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat
kali
ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah.
Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan
daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui
Rasulullah dan
menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku
menikah
untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin.
Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah
lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali
keempat.

Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri
keempatnya
ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan
kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada
ketiga-tiga
madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan.
Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan
rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah"
(Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang
sendirian
di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba
sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka
miskin,
Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas
(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "
(Surah an-Nur : 32)

Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah
jika
niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah,
tidak
mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my