Terkini  Popular    Mula Topik

Setiap Minuman Yang Memabukkan Adalah Haram

2002-07-21 13:47:22
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman yang dibuat daripada madu arak. Baginda menjawab: Setiap minuman yang memabukkan adalah haram
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3727

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my