Oleh chuvest
30-Oct-2004 09:40:04

Dipetik dari buku : Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004 - Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan
Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman,
Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr
Rohaya Dato' Muhamad.
---------------------------------------------------------
Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
kepadaku?"
Berkata Ifrit di antara Jin " Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau
berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab " Saya boleh
membawanya kepadamu dalam sekelip mata" - AnNaml: 38-39
-------------------------------------------------------------------
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun
ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah
hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat
teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan
orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah
dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan
operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis
bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi
serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?
Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang
Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain
dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya
Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan
melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek
empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara
kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke
destinasinya iaitu Ba'kelalan.
-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi
menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi
terhempasnya
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya
helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000
orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam
lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk
negara jiran Indonesia.
- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem
pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan
visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar
warga OZ.
- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling
sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu
jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan
Perhutanan Sarawak
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati
oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu
hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan
doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor
specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan,
universiti, tentera dan private practise*
- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana
pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab
dan anak buahnya.
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi
pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu
apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang
kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal.
Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka
tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka
bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz
Ashaari di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin
yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar.
Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik
mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya
merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar
segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan
helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh
seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau
kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar
dan perkampungan jin di Bario
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang,
lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang
tinggal di rumah atas air di Labuan.
Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang
tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah
mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya
dari pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah
masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
1.Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib
Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk
jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi
pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan
seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah
Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan
asal dan bearing heli tersebut. Kedua
>orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana ? di
alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya
tertutup dari pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan.
Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu
balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi
ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin
Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu
Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak
berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini
yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan
manusia ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan
sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah
sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana
helikopter itu boleh ditemui"
Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"
Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka
balik untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan
sistem GPS ? Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok
patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah.
Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli
utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena.
Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan ? kaum pribumi
Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai
ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode
secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut
kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli
penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya.
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali
pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu
berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa
naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih
kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah
bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan
bukalah!!" ..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan
terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang
terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih
tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak
buka ni?."
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya,
berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi
menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat
hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa
yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua
terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari
guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup
ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa'
Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang
terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.
Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong
usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan
berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan
>melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki
helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat
ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga
hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes.Sehingga akhirnya
heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran
ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".
5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot
Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad
Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz
Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli
Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat
dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.
Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00
petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa
ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta
keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang
berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada
petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari
Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah
hilang!!"
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang
dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu,
buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok
manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah
Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terus ASP Ehsan mengarah pilot
memecut heli mencari si Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu
semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan
selawat pada RSAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang
malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur
bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba ? pemadam kebakaran ? yang
menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di
lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak
sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk
begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak
sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu
itu!!
Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib
semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya
menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ (
tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang
dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ). Operasi itu dilakukan
waktu siang terang ?benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh
dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam.
Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata ?kata ini di
dinding helikopter yang ditemui " Mengapa lambat selamatkan
kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa
bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan
bercuram.
Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas
di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.
Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk
mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar
dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten
Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada
mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di
keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda kehadiran
jin-jin Islam"
Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya
yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal.
Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang bekerja mencantas
dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk
menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris ? Miri Daily News di Sarawak menemubual
mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli
hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.
Akhbar ?akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan
pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada
akhbar utama di Semenanjung.
[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib
memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini
sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit
dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb ?
pendespatch e-mail]
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz didampingi
jin?"
Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal,
hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin?Sejahat-jahat manusia itu sama
dengan sebaik-baik Jin Islam."
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang
bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia
yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal.
Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia
sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku
sebelum-sebelum ini?



sabar itu iman..duit bukan kawan..dunia hanya pinjaman..mati tak berteman..
webmaster@mymasjid.net.my