Oleh jee
30-Apr-2005 09:42:01

Sumbangan emi pada Friday, March 11 @ 00:15:43 MYT (dalam portal ukhwah)
Pada suatu hari diadakan satu kursus motivasi yang hanya melibatkan kaum lelaki sahaja dan segala soalan memanglah di tujukan khas buat lelaki. Pakar motivasi terkenal tadi pun memulakan ceritanya dengan panjang lebar. Katalah, suatu hari kita(orang lelaki tau, bukan perempuan) di suruh masuk hutan. Tapi yang peliknya setiap peserta di bekalkan dengan sejenis senapang . Apa-apa yang membahayakan kita di suruh tembak. Tak kiralah ular ke, harimau ke, hantu ke.
Eh, hantu berbahaya ke? Ada pulak hantu berbahaya. Hantu tak berbahaya tapi ditakuti. Kenapa takut dengan hantu ? Padahal sebenarnya hantu cukup takut dengan manusia. Mana ada hantu berani keluar siang-siang, kalau dia berani keluarlah siang-siang, time dah gelap tulah dia keluar. Apa punya hantu.
Tengah-tengah masuk hutan datanglah harimau, singa, ular dan semuanya habis kita bunuh. Sebab kalau tak bunuh dia, dia akan bunuh kita, kan? Rasa patut, kan? Rasa tak salah, kan?Tapi, anda pernah dengar tentang qarin. Eh, apa pulak bendanaya qarin ni? Begini menurut bahasa, qarin beerti teman atau rakan. Yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang biasa ada di mana-mana. Makhluk halus ini selalunya menemani manusia sejak daripada kelahiran seorang bayi sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat. Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh dan terpesong. Qarin sentiasa berusaha menjerumus manusia dengan menggoda, merayu dan menipu, berupaya memilih dan memerhati waktu-waktu yang elok untuk memperdayakan manusia, terutama ketika seorang itu dalam keadaan stress, depress, menghadapi percubaan daripada Allah dan sebagainya
Boleh kita sambung kisah penembak tadi. Baiklah, tengah sedap-sedap bunuh tiba-tiba muncul seorang perempuan. Cantik pulak tu, cantik sangatlah, dahlah cantik, seksi pulak. Tapi dia pegang senapang yang dia dah acukan tepat ke arah anda. Nak tembak tak? Apa? Tak? Eh, kan dia tu berbahaya. Serupa saja bahayanya macam harimau, macam singa, macam ular. Kenapa tak nak bunuh? Sebab dia perempuan? Seksi lagi? Pulak tu anda lelaki? Sebab tu tak nak tembak? Tapi dia tu berbahaya. Senapangnya dah terhala pada anda, jari dia pun dah dekat picu, tingggal petik saja. Anda pun macam tu, kalau anda tak tembak, dia akan tembak anda. Apa yang anda nak buat?
Masa ni la yang ditunggu-tunggu, oleh siapa lagi kalau bukan qarin. Lalu qarin itu belagak seumpama penyelesai masaalah manusia. Mari kita lihat apakah tugas qarin ini sebagai penggerak cerita. Anda masuk hutan untuk membunuh semua ancaman yang berbahaya, harimau, ular, singa. Anda di bekalkan dengan senapang, sedap sajalah tembak binatang-binatang buas. Tapi tiba-tiba muncul seorang wanita cantik, yang comel, yang putih melepak, yang seksi. Tapi dia juga bawa senapang dan sedang membedek ke arah anda. Persoalanya, nak tembak atau tak nak tembak?
Dalam suroh al-An’am :112 terdapat firman Allah: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah pernah ditanya sama ada baginda didatangi qarin atau tidak. Baginda menjawab: Saya pun ada qarin. Akan tetapi Allah menolong saya daripada ganguannya. Maka tidaklah ia boleh menguasai akan daku daripada ganguannya, maka tidaklah ia menyuruh saya kecuali untuk melakukan kebaikan.
Dalam sebuah hadia lain, baginda bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tidak ada seorang daripada kalangan manusia yang baru di lahirkan melainkan dia di sertai oleh Allah seorang jin sebagai kawan. Jin yang menemani manusia, untuk menyesatkan itulah yang dinamakan qarin. Qarin ini sentiasa berada di samping manusia, ketika berjalan, tidur dan sebagainya. Kerana itu ia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang-orang yang berkenaan.
Apabila manusia yang sentiasa di temani oleh qarin itu mati, maka qarin ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, tetapi biasaya ahli keluargalah, maka makhluk qarin ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang diberikan oleh Allah kepada makhluk ini yang tidak ada pada manusia.
Sekiranya orang yang mati tadi mempunyai hutang kepada orang-orang tertentu, menganiayai orang-orang tertentu, melakukan sihir ke atasnya menyebabkan dia mati atau membunuhnya dengan senjata, maka qarin ini dengan izin Allah berupaya menggambarkan dirinya seperti si mati yang sedang di seksa dalam kubur.
Tidak kurang juga orang yang didatangi mimpi supaya diadakan bacaan Yasin pada malam jumaat, minta di bacakan Al-Quran di atas kubur atau di bayarkan sedekah kepada 40 orang fakir miskin. Anehnya, apabila permintaan tersebut dilaksanakan, mimpi-mimpi yang megharukan itu menjadi reda dan akhirnya tidak ada ganguaan berlaku.
Sekiranya manusia yang hidup itu menunaikan permintaan yang di salurkan melalui mimpi, maka dia sebenarnya tunduk menunaikan permintaan iblis dan syaitan. Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar di ketahui mempunyai hutang, hutang wang, kewajipan haji, pernah membunuh manusia, tidak kira dengan cara apa, manusia yang hidup boleh melaksanakan tanggujawab yang sebenarnya
di pikul oleh si mati, atas kesedaran bahawa ia mesti di sempurnakan sebagai hak anak Adam terhadap anak Adam, bukan sekadar mendapat perintah, rayuan daripada qarin yang datang melalui mimpi, menyerupai si mati. Sesungguhnya roh itu adalah urusan Allah, yang hanya Dia mengetahui hakikatnaya.
Berbalik pada kisah penembak tadi. Akhirnya boleh di katakan hampil 100% orang lelaki yang menyertai kursus ini menjawab salah. Mengapa yer? Betul dia wanita. Tugas lelaki melindungi wanita. Tapi wanita ini bukan yang macam di pejabat kita, bukan macam isteri kita yang banyak senyum, banyak tertawa dan baik. Walaupun dia cantik, walaupu dia seksi, tapi dia di hutan. Apa dia buat di hutan sorang-sorang?Dengan senapang pulak. Dan senapang itu dah di halakan tepat paa kita.
Tak ke dia seorang yang amat berbahaya? Mungkin lebih berbahaya daripada harimau, ular, singa dan yang seangkatan denganya? Yang lucunya ada lelaki berkata. “Kita bunuh memang kita akan bunuh, tapi sebelum bunuh kita perguna dia dulu. Membazir kalau di biarkan…”. Jawapan begini mengundang ketawa. Betullah awak tu lelaki, dia perempuan. Tapi ingat sebelum awak sempat perguna dia mungkin awak dah terbongkang mati. Sebab perempuan yang boleh tinggal sorang-sorang dalam hutan tentulah ganas, tentulah kuat, tentulah bertenaga, tentulah kental, tentulah zalim, dan yang penting sekali tentulah sampai hati dan tentulah ada hati yang bulat untuk membunuh anda mengikut kemahuaannya.
sekian

sekian
webmaster@mymasjid.net.my