Oleh atma
06-May-2005 10:17:06
Tak tau lah betul ke tak, amek precaution je lahh...
Kepada saudara ? saudari yang diingati selalu,
Untuk makluman anda, maklumat yang saya dapat ini
adalah amat berguna untuk dijadikan teladan anda
semua. Saya diberitahu oleh kawan saya iaitu seorang
guru di pulau Tioman tentang tindak tanduk pemandu bot
yang berkhidmat disana. Bagi yang ingin pergi
bersantai ditengah laut dan snorkling tu, terutama
gadis perlulah beringat-ingat.
Hal yang saya nak ceritakan ini adalah diceritakan
sendiri oleh pemandu bot tu kepada kawan saya. Pemandu
bot tu menceritakan dengan penuh bangga tanpa
mempedulikan hal haram dan dosa. Kepada pemudi yang
ingin bersantai ditengah laut, diingatkan pergilah
berempat. Dan jangan kurang dari tiga orang.
Untuk pengetahuan semua, pemandu bot ni akan meminta
dan mengesyorkan gadis-gadis (biasanya budak U yang
ingin melancong) membeli air mineral dsb nya dengan
alasan gadis2 akan haus ketika di tengah laut nanti.
Dengan hasil perihatin tadi si gadis ni pun pergi lah
beli air mineral. Dalam perjalanan ke tgh laut,
pemandu bot nampak bersahaja dan kita tidak tahu niat
syaitan yang sebenar yang tersemat pada benak dan hati
batu pemandu bot ni.
Semasa berenang didasar yang cetek (Pulau Tioman),
pemandu bot akan memasukkan sedikit minyak jampi yang
didapati dari bomoh pulau kedalam air mineral yang
dibeli oleh gadis U ni tanpa disedari oleh mereka
berdua (gadis tu la) dan dibiarkan larut dan sebati.
Setelah penat berenang gadis ni pun naik ke atas bot
dan segera minum air mineral yang dibeli tadi. Dengan
tidak semena-mena gadis2 tu rasa pitam dan pengsan
sekejap. Maka pada masa pitam nilah pemandu bot akan
mengambil kesempatan membuka pakaian gadis2 tu satu
persatu dan merogol gadis2 U tu tadi.
Untuk pengetahuan, pemandu bot ni pandai. Setelah
meneroka, merogol dan mengeluarkan airnya,dia akan mengenakan kembali pakaian gadis
dengan rapi. Setelah gadis tu terjaga pemandu bot akan
mengatakan cik adik tertidur sebentar tadi.
Setelah dua , tiga hari si gadis ni akan mengalami
sakit di kemaluan dan akan mendapatkan rawatan.
Setelah diperiksa, DR menyatakan yang gadis ni dah
tiada dara. Perkara ini dah dibawa ketengah. Pihak
polis dah siasat tapi oleh kerana tak cukup bukti, kes
ini lebur begitu saja. Bila di soal, penduduk kampong
kat pulau tu, konco2 pemandu bot dan termasuk pemandu
bot itu sendiri akan menafikannya. Yang sedapnya
pemandu bot tu juga tapi yang akan bocor rahsia pada
malam pengantin,gadis malang tu la jugak.
Jadi dengan itu, beringat ? ingat lah jika ingin pergi
berseronok biar lah bertiga atau berempat. Sebab
perkara jahat seperti itu datang tanpa diduga seperti
tsunami. Perkara begini telah mencetuskan perihatin
saya terhadap masyarakat sejagat. Kemana kita pergi
hendak beringat2 (termasuklah mana2 pulau di Malaysia
atau didunia ni. Jadi sampai-sampaikan lah kepada anak
perempuan, kawan2 perempuan dan semua orang perempuan
lah.
Cerita yang saya sampaikan adalah benar dan
diceritakan oleh pemandu bot itu sendiri kepada kawan
saya. Pemandu bot itu mencerikan dengan megah dan
bangga. Macam dunia ni dia yang punya. Tapi bila mati
tak ditanya terus kene azab. Dia bangga kerana berjaya
meragut mahkota perempuan yang tak tahu dan leka
terhadap keadaan sekeliling.
so, kalo nk pe mane2..ati2la skit...org skrg ni bkn le caya sgt..sedangkn haruan pun makan anak,ni plak org lain....lg la plak...cam ikan ngan kucing...da ade depan mate, ape lagi kucing tu,sambar ajerla...tekcekik tulang belakang kire......
webmaster@mymasjid.net.my