Terkini  Popular    Mula Topik

Tindik Puting Dada... Merdeka...!!!

2005-09-05 23:01:51
Oleh
ilham
KENAPA? To improve their self, itulah jawapan yang keluar dari jurutindik profesional Ronny Lai apabila ditanyakan i-Kon mengapa begitu ramai remaja sekarang yang memilih bertindik sebagai budaya paling bergaya masa kini.

Malah katanya, lebih 60 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada remaja wanita, berbanding lelaki yang kebanyakannya memilih seni hiasan kulit tatu (tattoo) sebagai daya penarik diri masing-masing.

Ini diikuti pula dengan keberanian remaja wanita yang bertindik di kawasan selain telinga, terutamanya kawasan sekitar mulut seperti lidah, bibir, hidung dan ada juga di puting dada masing-masing.

Namun, apa tujuan mereka? Jika berpandukan jawapan Ronny tadi mungkin ada benarnya, bertindik menurutnya banyak merubah personaliti seseorang individu untuk lebih berkeyakinan dan mencuba sesuatu yang baru.

Walaupun begitu, katanya, budaya bertindik mempunyai hubung kait yang jelas dengan perkembangan semasa, sama ada bagi tujuan fesyen, pengaruh rakan sebaya mahupun untuk kepuasan diri semata-mata.

Seorang remaja, Rafidah Abdul Rahim, 13, berkata bertindik dapat memberi ketenangan dalam jiwanya selain dapat mengurangkan tekanan hidup dalam dunia remaja yang serba mencabar.

Sejak darjah enam lagi saya sudah mula bertindik lebih daripada satu di kawasan telinga. Bila tengok kawan ada yang bertindik di tengah lidah saya berkenan dan ingin mencuba.

Mula-mula tu ingatkan sakit. Sejuk juga tangan sebelum buat. Tapi tak sangka pula prosesnya terlalu singkat dan tidak menyakitkan. Lebih penting kaedah yang digunakan cukup mementingkan kebersihan, katanya yang bertindik di lidah.

lebih menarik klik http://villailhami.blogspot.com

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my